Assalamualaikum..

Wednesday, December 30, 2009

RASA INI...



Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....
Apa yang tersurat di wajah...
Apa yang tersirat di hati...
Tiada mampu lagi kumenepis..
rasa ini...

Berulang kali ku mencuba
Agar rasa ini jauh dari hati..
Bukan kerana aku benci..
tapi..
Bimbang hadirnya rasa ini...
Bisa menjauhkan aku dariMu...

Tapi Ar-Rahman...
Dikau berkuasa atas segalanya...
Rasa ini makin kuat aku menepis..
Makin mudah ia menghampiri...
Akhirnya...
aku pasrah jika ini ketentuanMU...

Ya Hanan..
Tiada insan mampu menepis rasa ini...
Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..
Untuk itu Ya Karim...
Pimpinlah setiap kasih sayang cinta dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...
Janganlah sesekali rasa ini dibiarkan menghampiri murkaMu

Ya Ghaffur...
Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya
Tanpa sebarang bicara nyata..
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya suka bermunajat kepadaMu di malam hari..
sayang akan Islam..
kasih akan ummat Muhammad SAW
cintakan jihad dan...
rindu untuk syahid...

Ya Allah..
pimpinlah rasa ini...
agar aku terus taqarrub denganMu...

Amin....

Wednesday, December 16, 2009

Damba Kasih-..bingkisan hatiku..



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

SEBUAH PERTEMUAN


Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

~~~"irma"~~~.

-Binkisan Hati -



Assalamualaikum
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. jika aku dapat, aku ingin setia padanya..." (Imam Shafie) ikhlas buat mu sahabat..:))




“Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda dan ia tidak menyebarkan rahsia anda”

-dari sahabat untuk sahabat



"Ya Allah Ya Tuhanku...Kau hadiahkanlah Cinta & Kasih sayang Mu demi memelihara kesejahteraan kebaikan insan ini... Kerana ku tahu hanya Kau saja yang mampu menjaga dirinya lebih baik daripada diriku....."
thabit qulubana Ya Allah....amen...

Friday, December 04, 2009

Sajak dari Aminah Qutb buat bakal suami...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
X semestinyer manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranyer,
Kite cinta pada Allah,
Nescaya Cinta Allah tiada penghujungnyer.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kite akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kite cintai.
Tetapi sekiranya,
Kite cinta kepada Allah,
Kite akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanyer kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainyer dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan oleh-Mu kepada ku,
Maka,
Campakkkanlah kedalam hatiku,
Cinta kepadanyer adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah kedalam hatinyer,
Cinta kepada ku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainyer dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku....

Sumber dari buku " PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL"

Tip menepis cinta remaja ku...

cinta masa muda.

1. Tegas dengan prinsip diri

2. Meletakkan misi y jelas dalam hidup ni...

3. Bersahabat dengan rakan2 sejantina yang soleh

4. Mengekang hawa nafsu

5. Mendekati majlis Ilmu

6. Menyebukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan


InsyaAllah....Aja2, Fighting...

Sumber dari buku " PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL"

Wednesday, November 25, 2009

Sifat buruk pada diri kita.....

Sayang Sahabat anda...

Sesungguhnya amalan yg sgt dicintai Allah s.w.t. slps melakukan ibdh oleh hambaNya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama islam.

Riwayat Baihaqi







Apa nak Jadi............

masyaALLAH...serawak.....Lihatla bgaimana agama kta d permainkn oleh kafir yg d laknat..sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui Lg Maha Bjaksana.....ya ALLAH KAU MUSNAH KAN LAH MANUSIA YANG MEMGHINA AGAMA MU..YA ALLAH KAU TINDAS KAN MANUSIA YANG MEMCACI DAN MENGUTUK AGAMA ISLAM........wahai remaja Islam marilah bersama kta teguhkn iman bagi mnegakkan agama Allah..wallahualam...sebarkan....




Selamat Meraikan Hari Raya Aidil Adha...

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Al Furqan, Sura Ash Shafaat, ayat 102.



Selamat Meraikan Hari Raya Aidil Adha...



Free Orkut and MySpace Eid ul azha Graphics Glitters

Teperangkap Di Dalam Gua


Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa:
"Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa:
"Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!"

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga:
"Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini."

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.



MORAL & IKTIBAR


* Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.

Wednesday, November 18, 2009

Gambo...hehehe

Semangat Para Syuhada


Al-Imam Hassan Al-Banna gugur syahid pada 12hb Februari 1949
"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." "Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..." "Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah SAW." -as-syahid imam hassan al bana



Pesanan Akhir, As-Syahid Sayyid Qutb (senyum ditali gantung) pada 1965 Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu Maka di atas tulangku yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat umat mulia ini Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku Burung-burungnya berpesta menyambutku Dan bahagialah hidupku di sana. Puaka kegelapan pasti ia kan hancur Fajarkan menyinsing Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Jangan gentar berkelana ke alam abadi Di sana cahaya fajar memancar. "Jika Kamu Ingin Tahu Nasib Ummahmu Maka Lihatlah Generasi Kamu" -Imam Al-Ghazali-



"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".



Dr. Nizar Rayyan (1959-2009) "Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah "Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-



Nadia Abu Marzuq Ummu Muhammad-Isteri As-Syahid Dr Aziz Rantisi Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka? Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda : Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama..
Renung2 kanlah....

Tuesday, November 17, 2009

kesah ayah ana boleh gak la...



Assalamualaikum...selamat hari lahir mu(ayah tersayang) yang ke ....hehehe rahsia le...
terime kasih ayah ku tersayang..jngan nagis2 lagi ek..insyaallah..anak mu pulang raya haji ni..nak sambut birthday kite.(mak,ayah & ana sekali)...love my perents...waaa..rindunye... masa kian belalu, hari beganti...jasad je tinggal di sini..ana da teringat kampung halaman ku...tak sabar2 nak balik.....hehehe

Tuesday, November 03, 2009

DARI PAGE SEORANG SAHABAT; DIPANJANGKAN KEPADA SAHABAT YANG LAIN...











Grafics & Presentation by !!-h0t(^_^)K0ko-!!





Sila re-Post kepada Semua (^_^)

untuk semua kawan2 ku...































1 Minggu Story Hari raya





nak dijadikan cite hari jumaat ana da start balik selangor ...naik tren dari johor(kempas) ke tanjung malim...emm pejalanan tu memang meletihkan..nak wat cam ne ayah ana suruh naik jugak...die ckap "tuk keselamatan anak kesayangnku "..hehehe...peham bebenor ayah ana tu...time dalam tren memang ramai..samapai ada tiket jualan tambahan...nak balik raya punya pasal..nasib la ana dah li tiket sebulan awal..time merdeka pulak tu..& tiket paling last terjual..nasib2..li awal...kalu tak "mak tiket habis"(nagis le)..hehehe




emm....masih terasa lagi..story hari raya....walaupun syawal dah lepas tapi kenangan tu tetap tepahat di hati.....nak dijadikan cerite hari raya petama kami beraya di rumah (selangor) emm first time raya kat umah kami sendiri...pulak tu umah baru je di renovet paham2 je la ...pagi2 je bangun da cibuk2 mengemas, menyedikan makanan..macam2 la...pas ayah & mak lik je dari solat ...trus mintak maaf kat mak & ayah..& semua adik beradik...yg bestnye...raya tahun ni ada opah ..hehehe..tu la yg sronok bangat...pas tu sesi bergambar ngan family..& tak disangka raya tahun ni sempat ambil gambor semua family cukup..tu yg lagi seronak...nak cite pasal makanan ..emm banyak beno...yg best & special ada pulut kuning my fav food...hahaha..ulang makan tak kire time..hehehe....ada kari ayam, rendang daging & macam.. la..sampai tak muat perut mau isi....ingatkan raya first tak ramai...mak datuk...peh ramai sesangat...sampai ptg baru stop..hehehe...




....ni time raya ke 2...kengkawan SEKOLAH MENENGAH KG SOEHARTO nak wat reunion...ingat sebelum ramadan hari tu nak wat..emm disebabkan semua kerja & dok2 jauh so kami wat time raya ke dua..hehehe..ingat kan cikit je yang datang ...peh sekali 20 orang ...tak sangka pulak ramai sangat.. family mak mak su & ayah chu pun datang...lagi ramai dah cam kenduri pulah..hehehe...samapai ada yang kena makan di dapur..hahahaha...thank kengkawan datang..ada ejai,aepy,mahzan, elol, najmi, syamir, oyah, siti ,jijah ,ecah ,faizan ,isa, syarimah ,amir...turut ada jugak bebudak class time fom 1-3...si daha(anak arip) & amirul naim...& 4 bebudak junior soeharto...thank kengkawan...korang datang jugak setelah kite bepisah 3 tahun..korang still cam dulu...melawak..sampi tak kering gusi jadinya kami..cite2 jugak..mulut tak abis2 ngunyah..ye la terspesial katakan..rupe2 nye mereka tak penah makan pulut kuning hari raya ..so makanannye secial cikit la...da tu sampai habis kari,daging & pulut..1 kuali..rezeki korang pulak tu...amen...hehehe...



petang pulak si soleh ape mimpi die call ajak raya umah kengkawan..& than die pinjamkereta mak cik die..so dapat lah g raya ramai...muala2 g umah ecah (kilang), pas tu g umah azman sg tengi...ajak die raya umah kengkawan..so kami 4 orang ni..baraan ke rumah kengkawan lah..pasal si driver(soleh) tak tau umah kawan so ajak azman sekali..hehehe...kami baraan ke umah pa'an...fitri ..ingat nak g umah mazuan ..tapi die baru je on da way lik ..so kami trus g kg soeharto..mula2 g umah eapy...las2 ajak eapy skali g raya..emm die ajak g umah syarimah...samapai maghrib jugak...baru ana samapai umah..hehehe..raya yang paling best sgt.....nasib la soleh tu depan umah je...kalu tak..da lame mak ana bising...coz balik lambat...story raya punya pasal..hahaha..malam raya ke 3 pulak g umah dayah adriansyah & adiknye din.....hapening habis...ana naik kereta ngan adik ana...emm..paham2 je la bile dah lama tak jumpe kawan karib lama ni...sembang 2 jam pun tak habis..hahaha...



...raya ke empat g ipoh umah lecture poli..pn haniza..pas tu ..g umah mak angkat kat tambun..umah Umi ..hehehe..kebetulan die dapat baby baru..so ..melawat lah kerumahnye...dari pagi samapi petang lepak kat sana...main ngan baby girl yang comel...pas tu sok nye lik umah nenek kat parit buntar..raya umah kawan poli si su ngn huri...pas tu g raya umah mak cik...ni memang bejalan sakan...pas tu sempat pulak jumpe kawan UTHM...name die nurul ikhwan...hehehe...sampai telepas bas ke johor..ingat tiket hari ahad pgi..rupe2 nye hari sabtu malam...hehe..kecoh time tu...kecoh punye kecoh 2 orang pak cik ku suruh naik bas hari isnin malam..first time nak balik johor dari parit buntar memang takut ooo...hehehe..jumpe balik si nurul ikhwan..kat stn bas...pas tu pak cik nak cool dan kan ana die ajak makan kat medan selera....nasib la dapat 2 pakcik yang cool...hehehe...sok nye tak de wat pe g raya kat pejabat tanah...jumpe all so & kengkawan masa li dulu....hepening beb....ana cam kena terjah ngn wartawan pulak..hehehe..apa2 pun that all story raya korang pun ana suka dan duka...hehehe..hope korang pun dapat raya jugak..hehehe..ngn izin allah...tu la die kisah raya 2009 ana ...

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails