Assalamualaikum..

Thursday, October 22, 2009

IBLIS MENANGIS KETIKA MUKMIN BERSALAM

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai manusia, sampaikanlah salam, berilah makan dan solatlah pada waktu malam katika orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.”
Sabdanya lagi: “Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan oleh hati manusia.”
Lalu bertanya sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?” Sabda Rasulullah: “Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”
Berrtanya sahabat: “Siapakah orang yamg kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah? Sabda Rasulullah lagi: “akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:-

Barang siapa yang bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
• Barang siapa makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.
• Barang siapa berpuasa pada Ramadhan ,kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.
• Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalamdan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmimn itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya.”

No comments:

Post a Comment

Selamat membaca.. sebarang cadangan / penambah baikan serta comment anda sila sertakan dibawah dengan hati yang ikhlas na.. tq

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails