Assalamualaikum..

Thursday, October 22, 2009

PERSOALAN HATI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM



Assalamualaikum…salam ukhwah ana ucapkan kepada muslimin & muslimat semua. Segala puji bagi Allah, Yang menguasai hati-hati kita. Ana bukan lah seorang professor / doctor cinta malah ana tak penah bercinta, mesti pelik kan??ana manusia biasa tak telepas dari perasaan ini semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah ana dikurniakan akal,hati & nafsu yang insyaallah menuju jalan yang diberkati Allah. Ana mengakui dalam usia ana yang muda ini tak terlpas dari berperasaan cinta . Yang istimewa nya semasa ana menulis artikel ini, ana telah diuji oleh Allah SWT tentang perasaan cinta, cukup hebat ana rasakan insyaallah sekarang ana telah berpijak dibumi yang nyata & ana redha segala apa yang kita lakukan ini dipengaruhi oleh syaitan. Jadi dalam seminggu ni ana bermuhasabah pada diri ana adakah ana benar-benar mantap atau tidak. Ternyata ana pun terjerumus ke lembah ini, tetapi nasib baik ana bertindak cepat takut hati ana akan lebih parah lagi. Allhamdulillah ana telah solat istikharah & minta petunjuk dari Allah SWT, Alhamdulillah ana telah mendapat jawapan yang pasti. Jodoh pertemuan itu semua dari Allah & telah tertulis sejak azali lagi. Jadi jangan lah kita hampa pada keputusan kita itu, kerna disebalik keputusan kita itu ada hidayah yang sedang besinar. Ana mahu berkongsi penulisan ana ini bersama antum semua. Kita hanya mampu menulis & membaca atas kertas ini, tetapi adakah hati kita seiring dengannya?kita hanya akan jadi orang yang pandai berkata-kata & adakah kita melaksanakannya, tepuk dada tanya iman anda. Jangan salah kan takdir jika pilihan yang kita dapat itu buruk, tetapi ambil & teguhkan lah iman kita terhadap Allah S.W.T. jadi lah orang yang sabar & banyak bersyukur atas ujuan yang diberikan. Semoga apa yang ana tulis ini menjadi panduan kite bersama dalam menegakan agama Islam.
Setiap manusia tidak mengira apa jua zaman, bangsa dan tempat tinggal telah dikurniakan oleh Allah S.W.T, sebuah naluri untuk mengasihani dan juga dikasihani. Perasaan ini boleh terjadi terhadap ibu bapa, adik beradik dan ada masanya terhadap seseorang lelaki atau wanita yang halal dinikahi denganya. Islam mengiktiraf naluri ini, bukan menggangap satu fitrah yang kotor, malah menunjukan kepada semua umat islam bagaimana pengaturan untuk menyalurkan naluri tersebut. Kita tidak boleh lari fitrah manusia, lelaki dan perempuan itu ada keinginan untuk hidup berpasangan dan mempunyai naluri semulajadi rasa suka dan sayang kepada jantina yang berbeza dan timbulnya perasaan cinta sesama manusia.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari sejenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (suami-isteri)” [Surah Ar-Ruum]
Cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita . Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah. Dalam pada itu wujudlah istilah ‘couple’, berkawan biasa, berpakwe, dan berkawan secara istimewa. Istilah-istilah ini yang sering dikaitkan dengan pergaulan di antara lelaki dan perempuan sebelum menempuh alam perkawinan. Jadi dalam contet islam pula tidak pernah timbul pula istilah boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, mata air, balak & sebagainya. Ini hanya wujud apabila umat islam hidup dalam system yang bukan peluahan naluri kasih saying dan seksual secara bebas. Ana sempat menyelidik sesetengah sahabat ana bagi mereka yang penah bercinta
1) Plantif pertama membertahu..”bercinta ni best, rasa bahagia, disayangi, dihargai, pasangan take care kite, tolong kita buat macam2, rasa diri kita dilindungi, ada tempat meluahkan perasaan, ada tempat untuk mengadu kalu de masalah”
Ok bagiman pula kita berfikir tentang kes plantif pertama tu? Piker la sendiri….tepuk dada tanya iman kamu semua. Sebenarnya kita terlupa satu pekara iaitu kemabali kepada Allah S.W. Selama ini adakah ana hidup bertuhankan cinta? Tidak bukan.. Jadi kenapa kita tak cari Allah saja..Kerna dia sayang pada kita, die take care kite dalam solat, die tolong kite buat macam perkara , Allah juga melindungi hambanya yang bertakwa & yang paling penting kita terlupa satu pekara iaitu berdoa. Berdoa itu satu perhubungan kita dengan Allah. Jadi tak salah jika kita mengadu semua pekara, masalah & kesedihan kita kepada Allah. Dalam diri kita sebenarnya ada satu sifat ego / pentingkan diri sendiri..Sifat itu la yang membantutkan kite berurusan dengn Allah. Ingat lah wahai sahabat tu semua pekara yang kita lakukan adalah dengan izin dariNya, itu la sebabnya manusia disarankan berdoa supaya hidup kita mempunyai hala tuju yang diberkahi oleh Allah.
Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resepi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud. “wahai generasi muda, barang siapa diantara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan ini dapat menundukan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa diantara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerna berpuasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu” [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah & Tirmidzi]
Kenapa kita tidak meletakan cinta kita itu kepada yang maha agung..Allah SWT..kenapa perlu diberi kepada manusia yang belum lagi mempunyai satu ikatan. Jadi fikir-fikir la adakah tindakan kita tu betul atau salah tepulang pada hati anda yang menentu kan. Allah menciptakan kasih & sayang untuk manusia gunakan, yang sebenarnya hanyalah cebisan kecil yang dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu kerana dunia ini bukanlah sesuatu yang kekal. Maka jadilah orang yang sentiasa mensyukuri nikamat Allah dalam setiap tindak tanduk kita dengan memilih tindakan yang diredahi olehNya.
Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, penah menulis “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari masa kesemasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagian tetapi membantu untuk mencapai kebahagiaan”.
Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli”[Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad]. Sabda baginda lagi “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memalihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat mata mu” [Hadis riwayat Tabrani]. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin mengelora hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling bahaya. Dari sini lah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakan generasi dan mencemar keturunan. Allah berfirman “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” [Surah Al-Isra’, ayat 32].
2) Plantif kedua memberitahu..”mula-mula kami sekadar bersahabat..lama kelamaan timbul rasa sayang dalam diri saya. Lagi pula saya masih belajar ..bagaimana ni?....sepanjang usia pekenalan, banyak kebaikan diperolehi dalam merubah dirinya dari jahil kepada mencari agama. Ini menyebabkan saya tertarik padanya”
Dalam persoalan ini kenal pasti apa matlamat berkawan dengannya. Adakah sekadar ingin mengisi masa lapang atau sekiranya dia seorang yang baik, dan berhasrat nak menjadikan dia teman hidup, jagalah batas pergaulan sebaik-baiknya. Jika yang dipilih bersesuaian, kenapa tidak diteruskan ijab & qabulnya lagi diberkati oleh Allah & jikalau pasangannya masih belajar tetapkan dulu matlamatnya . Kerana kita sebagai manusia itu terlalu mudah untuk ditipu dan tipu daya syaitan. Fahamilah bahawa perkahwinan adalah sesuatu tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.
“sesungguhnya Allah akan menyoal tiap-tiap pengembala akan apa yang digembalakannya, adakah dia menjaganya dengan baik, atau dia menyiakannya, sehinggalah seorang lelaki itu akan disoal tentang ahli rumahnya.” [riwayat ibnu Hibban].
Begitu indahnya islam, dalam bab pergaulan lelaki dan perempuan pun turut ditekankan. Pergaulan antara lelaki & perempuan yang bukan yang bukan muhrim perlulah tidak melanggar batas-batas syariat. Antara batas-batas yang perlu dijaga adalah aurat & akhlak. Jadi bagaimana cara yang ditunjukan oleh islam dalam mengatur hubungan anatara lelaki dan wanita. Pada asasnya, kehidupan wanita yang bukan mahram adalah terpisah kecuali pada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti bekerja, berjual beli, dakwahdan belajar. Walaupun demikian, hendaklah dihadkan interaksinya tersebut sekadar kepada keperluan. Maka bagi mereka yang dah bertunang, dipebolehkan berjumpa dan ditemani mahramnya untuk membincangkan hal penikahan, dan perkara-perkara yang demikian dengannya. Pertunangan bukan satu flatfom untuk bercinta, keluar dating dan sebagainya. Islam tidak melarang atu mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan diatasa landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta , perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.
Sabda Rasulullah (S.W.T) “ hendakalah kamu berjaga-jaga agar tidaka berkahlwat dengan wanita” (sahih Bukhari/Muslim) . “jangan ada diantara kamu yang berduaan dengan wanita kecuali jika disertai muhrimnya” (sahih Bukhari). “ barang siapa yang beriman kepada Allah dan di hari akhirat, janganlah kamu berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh muhrimnya kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak yang ketiga itu adalah syaitan”. Jika bimbang ketelanjuran cinta, alihkan rasa cinta kepada Allah dengan membanyakan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu akan memperdayakan kita.

No comments:

Post a Comment

Selamat membaca.. sebarang cadangan / penambah baikan serta comment anda sila sertakan dibawah dengan hati yang ikhlas na.. tq

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails