Assalamualaikum..

Wednesday, December 30, 2009

RASA INI...



Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....
Apa yang tersurat di wajah...
Apa yang tersirat di hati...
Tiada mampu lagi kumenepis..
rasa ini...

Berulang kali ku mencuba
Agar rasa ini jauh dari hati..
Bukan kerana aku benci..
tapi..
Bimbang hadirnya rasa ini...
Bisa menjauhkan aku dariMu...

Tapi Ar-Rahman...
Dikau berkuasa atas segalanya...
Rasa ini makin kuat aku menepis..
Makin mudah ia menghampiri...
Akhirnya...
aku pasrah jika ini ketentuanMU...

Ya Hanan..
Tiada insan mampu menepis rasa ini...
Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..
Untuk itu Ya Karim...
Pimpinlah setiap kasih sayang cinta dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...
Janganlah sesekali rasa ini dibiarkan menghampiri murkaMu

Ya Ghaffur...
Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya
Tanpa sebarang bicara nyata..
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya suka bermunajat kepadaMu di malam hari..
sayang akan Islam..
kasih akan ummat Muhammad SAW
cintakan jihad dan...
rindu untuk syahid...

Ya Allah..
pimpinlah rasa ini...
agar aku terus taqarrub denganMu...

Amin....

Wednesday, December 16, 2009

Damba Kasih-..bingkisan hatiku..



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

SEBUAH PERTEMUAN


Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

~~~"irma"~~~.

-Binkisan Hati -



Assalamualaikum
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. jika aku dapat, aku ingin setia padanya..." (Imam Shafie) ikhlas buat mu sahabat..:))




“Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda dan ia tidak menyebarkan rahsia anda”

-dari sahabat untuk sahabat



"Ya Allah Ya Tuhanku...Kau hadiahkanlah Cinta & Kasih sayang Mu demi memelihara kesejahteraan kebaikan insan ini... Kerana ku tahu hanya Kau saja yang mampu menjaga dirinya lebih baik daripada diriku....."
thabit qulubana Ya Allah....amen...

Friday, December 04, 2009

Sajak dari Aminah Qutb buat bakal suami...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
X semestinyer manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranyer,
Kite cinta pada Allah,
Nescaya Cinta Allah tiada penghujungnyer.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kite akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kite cintai.
Tetapi sekiranya,
Kite cinta kepada Allah,
Kite akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanyer kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainyer dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan oleh-Mu kepada ku,
Maka,
Campakkkanlah kedalam hatiku,
Cinta kepadanyer adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah kedalam hatinyer,
Cinta kepada ku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainyer dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku....

Sumber dari buku " PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL"

Tip menepis cinta remaja ku...

cinta masa muda.

1. Tegas dengan prinsip diri

2. Meletakkan misi y jelas dalam hidup ni...

3. Bersahabat dengan rakan2 sejantina yang soleh

4. Mengekang hawa nafsu

5. Mendekati majlis Ilmu

6. Menyebukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan


InsyaAllah....Aja2, Fighting...

Sumber dari buku " PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL"

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails