Assalamualaikum..

Wednesday, January 20, 2010

Cinta Terakhir


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Tuesday, January 19, 2010

Tolonglah aku.....

assalamualaikum wbt shbtku trsyngku...


di saat kegelapan,

ku mencari cahaya untuk menerangi diri,

di saat ku jatuh,

ku sedar KAU sentiasa bersamaku,


di saat ku alpa,

KAU beri pengajaran supaya ku berubah,

di saat ku memerlukan,

KAU sentiasa berada di sisi,


aku tahu diri ini cukup lemah untuk menempuhi

hidup ini tanpaMU...


Ya arhamarohimin...

Ya aqqromal aqqromin..

Ya ghoirroroziqin...

Ya ammar nal khaifin...

Ya wuli yal mukminin...

Ya mau firatin muknibien....


Ya Allah pandang lah kami....

berikanlah kami hidayahMU....

semoga kami sentiasa diberkati

dan diredhai olehMU....


Amin3 ya Allah....


-buat diriku yg alpa & menginsafi kesedaran diri-

Santapan Rohani...ikhlas dari hati ku...

"Apabila kamu ingin berteman...janganlah pandang pada kelebihannye kerana mungkin dengan 1 kekurangan,kau akan menjauhinye...andai kau ingin berteman...janganlah pula dinilai kebaikannye kerana mungkin dengan 1 kelemahan,kau akan membencinye...andai kau ingin berteman...janganlah diuji akan ilmunye kerana apabila dia buntu,kau akan menyisihnye...andai kau ingin berteman ...TERIMALAH DIA SEADANYE KERANA DIA HANYA SEORANG TEMAN YANG HANYA MANUSIA BIASA...SEPERTI DIRIMU JUA...JAGALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH...MOGA HUBUNGAN YANG DIBINA SENTIASA DIBERKATINYE..."

-munajat seorang sahabat-

Monday, January 18, 2010

-SAHABAT SEJATI...-



‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

-dari sahabat untuk sahabat-

Teka teki lawak ...

Waktu ana baca teka teki nih.. terbahak-bahak ana ketawa.. kelakor giler.. hahahahahaha.!!!!
>ana dapat teka teki ni dari inbox ana, member forward !!!...
>
> 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.
>
> 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
>
> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
>
> 4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
>
> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
> kepada saye..

> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
>
> 8 ) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...
>
> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus
>
> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut
>
> 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak
>
> 12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
> Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
>
> 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
>
> 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
>
> 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur
>
> 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
>
> 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
>
> 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
> ape...
>
> 19) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......

Friday, January 15, 2010

Doaku untuk mu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
.....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

AMIN


Tuesday, January 12, 2010

Very Careful When At Waterfalls

Be Very careful when playing near waterfalls. You jast won't know whether it's raining upstream & by the time the water reaches the waterfall, it 'll be too late for you to run to saftey.

Show these photos to our kids or student to avoid this kind of tragedy.
We do have a no. of these falls in Malaysia and similar tragedies striked so many times despite all the warnings.




























































from my emil anajps@surveys.com



Friday, January 08, 2010

Luahan Hati Ana

Assalamualaikum..hati ana

"apa kabar hati ana....chat?...ade masalah ke???"
itukah yang selalu kita fikirkan..tuk hati ...
buat ana , hati mujahadah & hati mujahid yang soleh...
kata2 ini bukan tuk mengguris hati antum semua..tapi ini lah yg realiti
pada hati kite semua....

"Apakah yg engkau telah sumbangkan pada Islam ???
& pada amalan mu..supaya bertambah???
penah kau fikirkan???
..apa yg pelu kau buat tuk membetulkan niat & iman kamu???"
fikir-fikirkan lah ana..bukan nak memarahi..tapi memberi peringatan

kerana hati kecil ini rundu & sayang akan nur islam mu yg dulu...
mana pegi tu semua...bila ana da jauh dari sahabat2..jauh dari familly..
ingat lah ..bukan bermakna ana jauh dari tu semua ...
ana tinggalkan begitu saja....kembalilah ana..
kembali pada jiwamu yg dulu..jiwa Islam mu

masa stady dulu..kau sering memperingatkan pada adik..buat yg ni..tinggalkan yg tu
apa yg telah kau laksanakan selepas semuanye kau tinggalkan...
kembalilah lah ana...kerna di situ letak nye diri mu yg sebenar..
jangan hipokrit pada hati & perasaan mu..kelak binasa
memang kite tak nampak...tapi Allah tahu..apa yg tekandung dalam hati ana ini...

Jangan menangis ...ye walau kau jauh dari sahabat2 mu & keluarga mu
tapi banyak2kan berdoa..supaya..Allah dapat membetulan hati ini..

"Ya Allah kau Maha Besar...ana besyukur kepada mu kau telah membetulkan hati ku
..ke arah nur mu...ampunkan lah dosa2 ku selama ini...ampunkan dosa mak, ayah & adikberadiku....ampunkan dosa2 sahabat2 & muslimin muslimat...
Ya Allah..hamba mu ini telalu kedil di mata mu...kau tunjukan ana jalan yg lurus
kau tumbuhkan hatiku dengan nur keinsafan..terimalah segala amal ibadatku...
berikan hamba ini kekuatan iman..agar tidak digoda syaitan....
Ya Allah bersihkan lah hati ini dari dosa & noda yg keji..
Bersihkan lah hati ini dari cinta yg telarang.....
Suburkan Hati ana pada cinta kepada mu terus....Ampun kan lah hamba ini Ya Allah
ana malu kerna dosa hati ini..ampunkanlah ia..
.kau maha mengetahui ..kau maha pendengar"amin....

Jangan menipu hati...ye ana...
bukan senanag nak membentuk hati yg suci..
tapi selalulah tarbiah hati ini..agar sebersih kain putih
apabila warna yg mencorakannye..terserap ke dalam kain...
ia sebagai pengalaman..ujian & pentaribahan diri mu...
ingatlah ana...ingatlah....Allah maha penerima taubat mu
jgn sesali ..tapi ana harus teruskan pejuangan mu....

Jika kau jauh dari sahabat2 mu...
kembara lah hati mu dgn mendalami agama
belajarlah ..penuhkanlah santapah hari2 mu dgn santapan Al-quraan
& tejemahan..dari situ..kau dapat tahu ape yang pelu kau lakukan tuk islam
kemabarakan lah lidahmu dgn alunan zikir..
...insyaallah kau akan lupe pada berkata2 yang tak elok...
isikanlah masa mu dgn membuat ibadah

terima kasih hati ana

nukilan...(HATI ANA)-Buat Hati ana..yg ikhlas kerana Allah..amin


Santapan Rohani

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).


Wednesday, January 06, 2010

BARU DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN
























Untuk pengetahuan umum kepada semua, mungkin ada yg sudah mengetahui. Cerita/penemuan tentang kebenaran/kebesaran Allah yg dihantar oleh rakan.Cuma saya tambah sikit tafsir dari Al-Quran. Mudah-mudahan menjadi pencetus di hati (nur) dan perangsang untuk tahun baru 1431Hijrahyg bermula Jumaat nanti untuk diri sendiri dan kita semua. Semoga tahun baru memberi kesedaran dan terkeluar kita dari golongan yang lalai

Dari Surah Yasin;










Peikan tafsir dari surah An-Nur;








Petikan dari tejemahan surah Fusilat
;









Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Me xic o. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

































































Namun tentu saja, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan?

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails