Assalamualaikum..

Wednesday, March 17, 2010

HADIS KUDSI-CARA RASULULLAH BERJALAN


Abu Hurairah r.a berkata “ Saya tidak pernah melihat apa pun yg lebih indah daripada Rasulullah s.w.a., seolah-olah matahari beredar pada wajah beliau. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yg jalannya lebih cepat daripada rasulullah s.w.a, seolah-olah bumi dilipat utk beliau. Sungguh, kami harus memaksa diri(untuk berjalan seperti itu) & beliau tidak peduli (terhadap kami)”(Riwayat Ahmad no.8604)


Saydina Ali bin Abi Talib berkata “Apabila Rasulullah s.w.a berjalan, tubuh beliau tegak seperti sedang menuruni tanah yg landai” (Riwayat al-Tirmizi dalam al-Syama’il al-Muhammadiyah, no.124)
FROM- SOLUSI

HADIS KUDSI-CACATAN KEBAIKAN & KEBURUKAN



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulillah s.w.a bersabda yg bermaksud: “Allah berfirman, jika hamba-ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannye hingga ia melakukanya. Jika ia melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-ku, tulislah 1 kebaikan. Jika ia berniat melakuakan kebaikan & belum melakukannya, tulislah untuknya 1 kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah utknya (ganjaran) sepulih kali ganda hingga 700 kali ganda”(Riwayat al-Bukhari no.6126 & Muslim no.131)
FOM -SOLUSI

Friday, March 12, 2010

Zikir


Assalamualaikum...pada antum semua..trima kasih kerana sudih ziarah blog ana yang tak sebera ini..ana harap segala imput / ilmu yang ana ingin kongsi pada antum semua insyaallah sampai ke hati antum semua insyaallah....peerkonsian ilmu untuk kita sama2 gunakan walaupun tak sampai ke hati tapi antum semua dapat sesuatu yg tak pernah sahabat2 antum dapat ..syukur kepada nikmat ilmu yg Allah beri kepada kita dgn gerak hati kita sendiri & diatur oleh Allah....

Agak lama jugak ana tak update blog ini...terasa ana juga kekosongan jiwa & ilmu...berbagai kekangan & ujian yang Allah beri pada ana..sebab tu la ana da lama tak menulis...ana ingin berkongsi cerita di atas apa yg ana lalui ...insyaallah ianye sbagai santapan minda & hati wat antum semua yg dikasihi Allah...

Pada 25-28/1/2010.. ana dikehendaki turun site office(tapak projek)...untuk mengganti kawan ana yg bercuti...banyak kekangan & ujian yg allah beri...Allah beri ana ujian sakit..mungkin dgn keadaan cuaca yang panas & sejuk..kondisi tubuh ana tidak mengizin kan...rupa2 nye allah juga bagi rahmat kasih sayangnye..banyak benda yang ana belajar tentang kerja ana...subhanallah banyak ilmu yg ana dapat ilmu..trime kasih bos yg banyak memberi tunjuk ajar cara2 & proses pembanguanan sesuatu projek

Pada 12-21/2/2010...Alhamdulillah syukur ana dapat cuti 1 minggu ..apa lagi ana balik kg la..coz cuti raya cina ana genapkan cuti 1 minggu..sudah lama tak ketemu ngan ahli keluarga..maklum lah ana dok jauh merantau..ahli keluarga yg lain dok dekat ngan ayah & mak..terasa seronok sangat...sampai2 je d rumah ...ana d kabarkan ngn ayah nenek masuk hospital ...subhanallah luluh jantung ana..Allah saja yg tahu perasaan ana waktu itu...sebelum ni memang nenek dok ngn ayah & mak ..ayah cakap..mula2 nenek hanya demam biasa ...lepas tu 1 minggu tak sembuh2..kakak bawak ke hospitak Kuala Kubu ...subhanallah nenek ana hampir2 kena strok...1 minggu nenek di tempatkan d situ semua anak2 nenek balik menjenguk & ada yg menjaga...kini tiba giliran ana menjaga nenek pulak ..pada khamis 18 nenek dibenar kan balik..doktor cakap nenek sakit tua ..tapi ana da faham ini satu petanda..ngn rasa cergas nye nenek suka mahu dibawak balik..terasa happy sikit..nenek tak banyak ragam..tapi semua yg die minta ..anak2 & cucunye tunaikan...banyak betol makanan yg die mahu..tapi bile sampai je d mulutnye..die tak mahu..hanya menjamah sedikit saja..kata pakcik..ini adalah saat2 akhir umurnye..apa yg diminta tunaikan lah( terasa sebak..)...petang tu masa ana ngn pak cik bawak nenek balik on da way dari hospital KKB ke rawang..nenek..seakan2 tidak selesa..nafas nye sentiasa berbunyi...
Allahmdulillah nasib nenek ingat nak menyebut nama allah....hati ana bagai terharu ..mungkin d saat mudanye ..amalan nye kuat beribadah..alhamdulillah..di saat hujung nyawa nye.."Allahhuakbar, Subhanallah & zikir2 yg.. lain tidak lengkang di bibir..terasa takjub ana...mungkin d saat die sihat die sentiasa berzikir..alhamdulillah...
-malan zikir ada hikmahnye...moga kita insaf zikir nadi iman-

SUDUT HUKUM-Pengiriman Al-Quran Melalui Pos


i. Pengiriman Al-Quran melalui pos hendaklah dengan cara berdaftar dan dibungkus serta dibalut dengan sempurna

ii.Untuk menjaga keselamatan dan kesucian Al-Quran, maka pengiriman melalui pos tidak digalakkan

SUMBER-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SUDUT HUKUM-Lilitan Hitam Di Lengan Bagi Umat Islam

i. Memandangkan lilitan kain hitam di lengan baju yang berrwarna putih merupakan suatu adat kebudayaan bagi orang kafir, maka kelakuan tersebut hukumnya haram dan dilarang sama sekali kepada umat Islam.

ii. Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain.

SUMBER-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SUDUT HUKUM-Bank Air Mani

i. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam.

ii. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.

iii.Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.

iv. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram.

SUMBER- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


BANK SPERMA : APAKAH UKURAN SENSITIVITI UMAT ISLAM?

Apabila isu wujudnya bank sperma di Malaysia didedahkan di dada-dada akhbar baru-baru ini, tidak ramai nampaknya yang mengambil berat walaupun sememangnya terdapat sebahagian yang agak sensitif. Meskipun tidak wujud sebuah bank khusus yang membekalkan sperma di Malaysia, namun perkhidmatan ini dikatakan ada ditawarkan di beberapa hospital swasta yang tertentu. Mungkin tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui akan kewujudan perkhidmatan ini, namun bagi mereka yang telah berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, hal ini biasanya berada di dalam pengetahuan mereka. Bagi sesetengah golongan yang memandang serius akan isu ini, pelbagai respon telah diberikan. Antaranya adalah pihak Kementerian Kesihatan, yang telah sedar bahawa selama ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus tentang bank sperma ini. Mereka bercadang untuk membawa isu ini ke Parlimen. Sehubungan itu, tokoh agama dan pertubuhan berasaskan kaum mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam [BH 26/06/07].

Bank sperma sebenarnya sudah lama wujud, terutama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tetapi hanya popular di dunia sebelah sini kira-kira sedekad lalu khususnya di kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapat zuriat sendiri. Mereka boleh pergi ke bank sperma dan membelinya seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Malah, orang ramai boleh membelinya melalui internet dan membuat pilihan jenis air mani berdasarkan senarai profil yang disediakan. Perniagaan air mani ini berlaku di serata dunia tanpa kawalan. Dengan percuma melayari laman web, kita dapati banyak bank sperma di merata tempat dan ia menjadi satu perniagaan menguntungkan. Misalnya, bank sperma terbesar di Amerika, Cryobank, di California, dikatakan dikunjungi beribu-ribu wanita bujang untuk hamil. Ia menetapkan kadar bayaran tertentu bagi setiap spesimen air mani yang dijual selain mengenakan beberapa caj tambahan antara AS$180 hingga AS$250 (RM650 hingga RM900) bagi setiap botol air mani. The Sperm Bank of California pula mengenakan caj RM57 bagi setiap profil lengkap penderma sperma yang dikemaskinikan setiap enam bulan. Sperm Bank Directory.com menjelaskan, penderma air mani menerima bayaran antara AS$35 hingga AS$50 (RM126 hingga RM180) dari bank sperma bagi setiap spesimen. Sebuah bank sperma China di Shanghai mengiklankan laman webnya dalam internet sejak 1998 bagi mencari penderma dan dilawati berpuluh-puluh ribu orang dari serata dunia. Di Singapura, Bank Sperma National University Hospital (NUH) pula menggalakkan pendermaan air mani dengan memberi imbuhan elaun pengangkutan RM300 (S$150) [BH 27/06/07].

Mengikut laporan Berita Harian lagi, di negara ini, bank sperma sebenarnya telah wujud sejak beberapa tahun yang lalu, yang dikendalikan hospital swasta dengan menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan anak. Setakat ini, tiada peraturan khusus mengenainya dan sebab itulah cadangan Kementerian Kesihatan untuk menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma amat dialu-alukan. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma, setakat ini tiada peruntukan undang-undang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, kementerian itu sedang memperincikan segala aspek berhubung perkara ini, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif. Kebimbangan ini turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof. Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, sehingga kini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat sekaligus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam [BH 25/06/07].

Bank Sperma – Bagaimanakah Cara Kita Berfikir?

Perkahwinan di dalam Islam merupakan suatu institusi yang mulia. Ia adalah ikatan yang menghubungkan seorang lelaki dengan seorang perempuan sebagai suami isteri. Hasil dari akad yang berlaku, kedua-dua suami dan isteri mempunyai hubungan yang sah dan kemaluan keduanya adalah halal untuk satu sama lain. Sebab itulah akad perkahwinan ini dikatakan sebagai satu akad untuk menghalalkan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan wanita, yang sebelumnya diharamkan. Namun, hubungan perkahwinan yang wujud ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks, tetapi merupakan satu kedudukan untuk melestarikan keturunan manusia secara sah. Oleh sebab itu, mana-mana anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah adalah anak sahtaraf. Anak tersebut dikatakan mempunyai nasab yang sah dari segi hukum syara’, berbeza dengan anak zina yang tidak boleh dihubungkan dengan mana-mana nasab. Islam memandang penting akan hubungan perkahwinan atau persetubuhan sah ini kerana ia melibatkan banyak lagi hukum lain yang muncul darinya seperti nasab, aurat, harta pusaka dan sebagainya.

Kedudukan ini jauh berbeza dari cara hidup orang-orang kafir khususnya Barat yang secara umumnya memandang hubungan antara lelaki dan perempuan adalah atas dasar memenuhi kepuasan seks semata-mata. Pergaulan bebas dan cara hidup ala binatang di Barat telah menimbulkan pelbagai fenomena yang menjijikkan. Perzinaan dan anak luar nikah terjadi di mana-mana. Bersekedudukan tanpa kahwin sudah menjadi lumrah, malah jauh lebih keji dari itu, perkahwinan sama jenis dibenarkan. Hubungan seks sesama jenis (gay dan lesbian) adalah perkara biasa. Apa yang berlaku ini amat jijik sekali kerana di kandang binatang sekalipun kita tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini (binatang pun tahu memilih jantina mereka). Segala kejijikan yang berlaku di Barat ini adalah hasil dari cara berfikir mereka mengenai kehidupan yang ditentukan sendiri oleh mereka tanpa adanya campurtangan dari agama. Oleh itu, mereka bebas melakukan apa sahaja. Terdapat kes yang dilaporkan di mana pasangan lesbian yang mahu mendapatkan anak telah menggunakan perkhidmatan bank sperma untuk menunaikan hajat mereka dan perkara sebegini bukanlah satu kehairanan lagi di Barat. Kelahiran dari bank sperma itu sendiri di Barat adalah kerana adanya idea kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Bagi mereka, tidak ada apa salahnya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bank tersebut.

Wahai kaum Muslimin! Cara berfikir kita tidak sama dengan cara berfikir orang-orang kafir. Jika orang kafir menyelesaikan masalah dengan berfikir mengikut logik dan kebijakan akal mereka semata-mata, kita umat Islam tidak boleh berbuat demikian. Di dalam Islam, jika ada apa-apa masalah atau persengketaan, maka penyelesaiannya hendaklah dikembalikan kepada Allah dan Rasul, bukan dikembalikan kepada akal. Akal hanya diguna untuk memahami hukum Allah dan Rasul, bukan untuk membuat hukum baru atau merubah hukum. Perbezaan di antara cara berfikir kafir dengan cara berfikir Islam amat jelas sekali. Standard/Ukuran kita di dalam menilai sesuatu perkara (yang akan dilakukan) adalah halal dan haram, yakni apakah perkara itu dibenarkan oleh Allah atau ditegahNya. Jika ia halal, maka kita bolehlah melakukannya, manakala jika ia haram, maka kita akan meninggalkannya. Soal halal dan haram bukannya bergantung kepada penentuan akal manusia atau persoalan samada ia mendatangkan manfaat atau tidak. Ia adalah hak Allah semata-mata dan kita hanya diperintah untuk mematuhi apa yang Allah telah tetapkan.

Justeru, di dalam menjawab persoalan tentang bank sperma, maka wajib bagi kita untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan mengistinbat hukum dari keduanya. Tugas kita bukan untuk menggubal undang-undang atau mencadangkan untuk digubal undang-undang berkenaan perkara ini, tetapi memahami ayat-ayat Allah tentangnya, seterusnya menetapkan hukumnya di dalam Islam. Inilah cara berfikir Islam. Jika mengikut akal manusia, maka segala aspek perlu dibincangkan seperti soal manfaat, moral, kekeluargaan, etika, kesan sosial dan sebagainya. Jika cara berfikir kufur-sekular digunakan, maka perkara ini sudah tentu perlu dibawa berbincang ke Parlimen dan digubal undang-undang tentangnya, seterusnya dibahaskan mengikut akal manusia samada bermanfaat atau tidak, kemudian diluluskan setelah majoriti manusia bersetuju mengenainya. Walhal menurut Islam (berdasarkan nas, bukan akal) jika suatu perkara itu haram, maka semua perkara lain tidak lagi menjadi ukuran, samada bertentangan atau sesuai dengan etika, bermanfaat atau tidak dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah meninggalkan keharaman tersebut dan sekiranya ia tetap dilakukan, maka hukuman (sesuai dengan Islam) wajib dijatuhkan ke atas pelakunya.

Inilah yang sepatutnya menjadi tolok ukur dan sensitiviti umat Islam yakni halal dan haram, bukannya ukuran lain. Umat Islam begitu sensitif jika di dalam makanan mereka terdapat unsur-unsur yang haram seperti lemak babi, alkohol, najis dan sebagainya. Umat Islam tidak akan memakan babi mahupun apa-apa makanan (yang halal) jika bekas tersebut sebelumnya digunakan untuk memakan babi. Begitu juga umat Islam tidak akan minum (walaupun air sejuk) di dalam cawan yang sebelumnya diisi dengan arak. Begitulah sensitif dan jijiknya umat Islam kepada benda-benda haram ini. Kenapa? Kerana yang menjadi ukuran umat Islam adalah halal dan haram! Dan ini adalah ukuran yang benar bagi setiap orang Muslim.

Malangnya, umat Islam hanya memilih perkara-perkara tertentu sahaja di dalam penentuan halal dan haram ini. Umat Islam tidak pernah merasa haram atau jijiknya riba, walaupun ia jelas-jelas haram. Umat Islam tidak pernah sensitif bahawa tidak menutup aurat itu haram, malah seorang perempuan yang tidak bertudung sekalipun tidak akan sanggup memakan babi kerana keharamannya, seolah-olah lupa bahawa perbuatannya yang tidak bertudung juga adalah satu keharaman. Umat Islam juga terlalu ta’sub menonton perlawanan bola sepak dan tidak pernah sensitif bahawa para pemain yang memakai seluar pendek itu adalah satu keharaman. Umat Islam juga tidak pernah merasa haram dan jijiknya berhukum dengan hukum kufur yang ada sekarang, sebagaimana haram dan jijiknya babi untuk dimakan. Umat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan sistem kufur yang menyelubungi mereka seolah-olah ini bukan satu keharaman. Inilah realiti sebahagian dari umat Islam yang hanya sensitif dan tidak sanggup melakukan keharaman pada perkara-perkara tertentu yang dipilihnya sahaja, walhal keharaman lain yang lebih besar dan jelas terpampang di depan mata dibiarkan.

SUDUT HUKUM-Fatwa Mengenai Pendermaan Organ


Isu :
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat pemberitahuan ynag berikut :

1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.

2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak :


Fatwa :

'Bahawa pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan (d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli'


SUMBER-Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak

SUDUT HUKUM-Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya



i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.

SUMBER-
Mahlis Fatwa Kebangsaan

SUDUT HUKUM-Lelaki Memakai Emas Putih


Haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki.

SUMBER- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SUDUT HUKUM-Mengambil Mata Mayat Orang Islam Adakah Harus Atau Haram



Majlis menimbangkan kertas mesyuarat bil. 3/6/1/66 yang di antara lain mengandungi butir-butir keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 5 Jun 1966, maka dengan sebab Jawatankuasa Syariah tidak membuat keputusan sama ada harus atau tidak mata orang-orang yang telah mati itu boleh diambil meskipun diberi kebenaran sebelum ianya mati (pendapat ahli-ahli Jawatankuasa Syariah itu dua berlawan dua) dan juga didapati Sahibus Samahah Tuan Mufti sebagai pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi pendapatnya, maka majlis telah pinta (tuan Mufti memberi pendapatnya. Pendapat Tuan Mufti adalah seperti berikut:-)

Harus diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya orang-orang itu memberi persetujuan mereka sebelum mereka itu mati untuk faedah-faedah seperti yang terkandung di dalam
surat Kementerian Kesihatan bil. KK 11031(50) bertarikh 6 November 1965, alasannya di antara lain-lain adalah seperti berikut:

(1) Dua masalah yang berbangkit berhubung dengan perkara di atas itu iaitu:

(a), (b) di bawah para 2, dan tujuan di bawah para 3, di dalam salinan
surat bilangan (50) dalam KK 11031 bertarikh 6 November 1965 itu.

Berhubung dengan masalah itu saya belum ada menemui satu-satu keterangan atau nas-nas agama ada menegah atau mengharuskan. Maka dengan sendirinya masalah itu termasuk ke dalam masalah ijtihad.

Maka memandangkan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan itu sangatlah baik dan berfaedah bagi kehidupan seseorang manusia dan lagi pada segi kemanusiaan amatlah bermakna memberi pertolongan kepada sesama manusia bagi memperbaiki satu anggota yang amat mustahak kepadanya yang telah cacat.

(2) Memberi pertolongan dengan cara yang demikian bukanlah bererti menghina atau tidak menghormati kepada simati diambil daripadanya �cornea� itu. Kalaupun ada yang mengatakan perbuatan yang demikian menghina dan satu penyeksaan keatasnya. Tetapi agama mengharuskan kerana tujuan yang lebih besar faedahnya. Maka dengan sebab yang disebutkan itu, maka berpendapat mengambil �cornea� seperti di atas dengan tujuan yang disebutkan itu adalah lulus pada segi syarak, Wallahu A�alam.

Maka dengan pendapat tuan Mufti seperti di atas ini, menurut undang-undang pentadbiran Agama Islam 1963, fasal ( ) (3) 7 bermaknalah Jawatankuasa Syariah mengharuskan diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya mereka itu memberi persetujuannya sebelum mereka itu mati.

Majlis berbahas dengan panjang lebar di atas keputusan Jawatankuasa Syariah seperti dalam (2) di atas ini dengan beberapa orang ahli memberi pendapat-pendapat mereka yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan pada akhirnya didapati 8 orang ahli mengharuskan dan 5 orang ahli tidak mengharuskan. Maka mengikut suara yang terbanyak majlis mengesahkan keputusan Jawatankuasa Syariah seperti di dalam (2) di atas.

SUMBER-Keputusan Fatwa Negeri Perlis Indra Kayangan

Thursday, March 04, 2010

Kemana generasi al-quran masa kini????


Kemana generasi al-quran masa kini????
tepuk dada tanya ego mu....
dulu masa kecik2 kita rajin membacanya
bile dah besar kita meninggalkannye...dgn alasan.."ana sibuk la"..
"ana tak pandai membaca la..coz lama meninggalkannye..."
" ah..ana da pandai la baca ini semua"..."ana tak de masa"
berbagai alasan diberikan tanda keEGOAN dalam diri kite..
tanyalah diri kamu..apakan 1 buku ini membosankan / memberatkan???
buku lain rajin pulak kita membacanye...sampai ade yg cakap
"wan..aku da abis baca komek ni 1 jam je leh abis..cayalah"..
"ida novel ni fill nye ..wa cakap ..lu tangkap lentok punye..""
tahu kah kite stp huruf yg kita baca itu penghapus dosa & ubat segala penyakit...kalu tak tahu baca pun belajar lah balik...beli lah CD / keset ..rajin2 lah mendengar alunan ayat2 alquran...
moga segala pertanyaan menji jawapan dalam diri sahabat semua..

-coretan by irma..tgh kerja-

Teman


Teman,

Mengapa pertemuan ini terlalu singkat

Bagai baru berkenalan semalam

Seperti baru mengukir memori & kenangan

Yang tak mungkin dapat dibayar

oleh harta & permata dunia



Hari ini,

Kita bertemu lagi

Syukur atas segalanya

Namun, temanku,

Mengapa pertemuan ini terlalu singkat

Belum sempat mengubat rindu

Belum habis bicara & senda



Singkatnya ia

Takkan mampu diukur kira

Takkan dapat dicerita bicara

Cukuplah tangis ini yang menceritakannya

Jua doa penenang jiwa



Teman, ketahuilah bahawa

Kalianlah temanku selama aku di dunia ini

& doaku, moga juga di akhirat nanti

Kalian,

Takkan termampu diganti baru

Hanya kalian & hanya kalian sahaja



Ingatlah temanku, bahawa

Rindu & sayangku ini

Takkan terkurang walau hanya sehalus debu

Malah kan kian bertambah & membukit

Kerna kalianlah teman sepermainanku

Di kala aku baru mengenal ukhwah itu

& dunia baruku itu



Hanya satu pinta & hajatku

Ingin ke syurga bersamamu

Tika itu pertemuan tidak kan lagi mengenal ’perpisahan’

Moga Allah berkatimu & bersama dalam tiap langkahanmu



Rinduku buat kalian

Teman seperjuanganku

Teman dunia & teman akhiratku.

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails