Assalamualaikum..

Friday, March 12, 2010

SUDUT HUKUM-Mengambil Mata Mayat Orang Islam Adakah Harus Atau Haram



Majlis menimbangkan kertas mesyuarat bil. 3/6/1/66 yang di antara lain mengandungi butir-butir keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 5 Jun 1966, maka dengan sebab Jawatankuasa Syariah tidak membuat keputusan sama ada harus atau tidak mata orang-orang yang telah mati itu boleh diambil meskipun diberi kebenaran sebelum ianya mati (pendapat ahli-ahli Jawatankuasa Syariah itu dua berlawan dua) dan juga didapati Sahibus Samahah Tuan Mufti sebagai pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi pendapatnya, maka majlis telah pinta (tuan Mufti memberi pendapatnya. Pendapat Tuan Mufti adalah seperti berikut:-)

Harus diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya orang-orang itu memberi persetujuan mereka sebelum mereka itu mati untuk faedah-faedah seperti yang terkandung di dalam
surat Kementerian Kesihatan bil. KK 11031(50) bertarikh 6 November 1965, alasannya di antara lain-lain adalah seperti berikut:

(1) Dua masalah yang berbangkit berhubung dengan perkara di atas itu iaitu:

(a), (b) di bawah para 2, dan tujuan di bawah para 3, di dalam salinan
surat bilangan (50) dalam KK 11031 bertarikh 6 November 1965 itu.

Berhubung dengan masalah itu saya belum ada menemui satu-satu keterangan atau nas-nas agama ada menegah atau mengharuskan. Maka dengan sendirinya masalah itu termasuk ke dalam masalah ijtihad.

Maka memandangkan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan itu sangatlah baik dan berfaedah bagi kehidupan seseorang manusia dan lagi pada segi kemanusiaan amatlah bermakna memberi pertolongan kepada sesama manusia bagi memperbaiki satu anggota yang amat mustahak kepadanya yang telah cacat.

(2) Memberi pertolongan dengan cara yang demikian bukanlah bererti menghina atau tidak menghormati kepada simati diambil daripadanya �cornea� itu. Kalaupun ada yang mengatakan perbuatan yang demikian menghina dan satu penyeksaan keatasnya. Tetapi agama mengharuskan kerana tujuan yang lebih besar faedahnya. Maka dengan sebab yang disebutkan itu, maka berpendapat mengambil �cornea� seperti di atas dengan tujuan yang disebutkan itu adalah lulus pada segi syarak, Wallahu A�alam.

Maka dengan pendapat tuan Mufti seperti di atas ini, menurut undang-undang pentadbiran Agama Islam 1963, fasal ( ) (3) 7 bermaknalah Jawatankuasa Syariah mengharuskan diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya mereka itu memberi persetujuannya sebelum mereka itu mati.

Majlis berbahas dengan panjang lebar di atas keputusan Jawatankuasa Syariah seperti dalam (2) di atas ini dengan beberapa orang ahli memberi pendapat-pendapat mereka yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan pada akhirnya didapati 8 orang ahli mengharuskan dan 5 orang ahli tidak mengharuskan. Maka mengikut suara yang terbanyak majlis mengesahkan keputusan Jawatankuasa Syariah seperti di dalam (2) di atas.

SUMBER-Keputusan Fatwa Negeri Perlis Indra Kayangan

No comments:

Post a Comment

Selamat membaca.. sebarang cadangan / penambah baikan serta comment anda sila sertakan dibawah dengan hati yang ikhlas na.. tq

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails