Assalamualaikum..

Monday, April 26, 2010

Kemusykilan Bab Aurat Dengan Bapa Saudara & Sepupu Lelaki

Assalamualaikum....
ana ade kemusykilan tentang aurat dengan bapa saudara & sepupu lelaki...bapa saudara tu adik mak...& ada pula adik ayah ..bagai mana tu ye???..& ana mempunyai ramai sepupu lelaki...bagai mana aurat ana dgn mereaka...makcik & pakcik ana belah mak ramai anak lelaki..kadang2 ana keliru tentang bab mentup aurat ni...ada sapa2 boleh bantu ana????



Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.

-...baru la ana tau..(budak baru belajar)

Monday, April 19, 2010

♥ ~Saya Sudah BerTUNANG~ ♥

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti


article ni dicopy spye kite mngmbil manfaat brsame...
semoge kite mndpt petunjuk dr-NYA

Wednesday, April 14, 2010

LARANGAN BERSALAM DENGAN LELAKI BUKAN MAHRAM

Soalan


Saya amat rapat dengan ibubapa saudara sejak kecil dan kami sering bersalaman. Akan tetapi kini bila telah dewasa, saya keliru hukum bersalaman dengan orang yang tidak memiliki pertalian darah dengan saya. Apakah hukum bersalaman dengan bapa saudara saya itu?




Jawapan:


Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada sekumpulan muslimah yang datang untuk memberikan janji taat setia (bai‘ah) kepada baginda. Setelah melafazkan janji-janji itu, mereka bermaksud untuk bersalaman dengan Rasulullah sebagai pengikat janji taat setia. Rasulullah s.a.w. menerima janji taat setia mereka tetapi tidak bersalaman dengan mereka, seraya bersabda: “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita.” [Shahih Sunan An-Nasa’i, no: 4192]
Berdasarkan hadis ini, timbul dua penafsiran hukum. Pertama, keengganan Rasulullah bersalaman dengan para wanita itu menunjukkan bahawa hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah haram.


Kedua, keengganan Rasulullah bersalaman dengan para wanita itu sekadar menunjukkan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tindakan asal para wanita itu hendak bersalaman dengan Rasulullah menunjukkan budaya bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah suatu kebiasaan pada zaman itu. Di sebalik budaya bersalaman itu, tidak ada nas yang tegas dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang melarangnya. Seandainya ia haram, Rasulullah akan terus menegur para wanita yang ingin bersalaman dalam hadis di atas atau pada ketika-ketika yang lain. Semua ini menunjukkan bahawa hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak haram, hanya ia tidak sesuai dengan adab Islam.


Dalam bab ini terdapat sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya lebih baik kepala seseorang di antara kalian ditusuk dengan jarum besi daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [Mu’jam al-Kabir al-Thabarani, 20/211 dengan sanad yang hasan]. Namun perkataan “menyentuh” dalam bahasa Arab boleh bererti sentuhan biasa dan boleh juga bererti zina. Hadis ini tidak boleh dijadikan sumber hukum mengharamkan bersalaman kerana berdasarkan kaedah usul fiqh, tidak boleh mengeluarkan satu hukum yang pasti terhadap nas yang memiliki beberapa pengertian.

Para pendukung modernisasi & memperjuangkan kemajuan telah membuat kekacauan terhadap agama kita yg mulia ini adalah menggembar-gemburkan bahawa berjabat tangan antara lelaki & wanita merupakan simbol persahabatan. Sesungguhnya semua itu tipu belaka. Tiadak ada nas / dalil dari al-quran & as-sunnah. Bahkan dalil2 yg kita sebutkan di atas tadi menunjukan perlawanan & pertentangan terhadap dakwaan & kebohongan yg mereka ucapkan.



Kesimpulannya, adab Islam tidak menganjurkan bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Akan tetapi jika bersalaman dalam beberapa suasana terpencil memiliki kemaslahatan di sebaliknya, maka tidak mengapa untuk bersalaman.

http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/11/haram-bersalam-lelaki-perempuan.html

http://ebook-laris.blogspot.com/2009/05/bersalam-lelaki-ngn-perempuan-boleh-ke.html

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=787032

http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2009/10/hukum-bersalam-lelaki-dengan-wanita.html

http://my.opera.com/rukawa1/blog/show.dml/4204980

http://www.infomaya.net/v2/index.php?s=ebcf4a26c71b5f89bd9a0a5e3acb74e0&showtopic=61401&st=0&p=485808&#entry485808

untuk pengetahuan yg mendalam dalam bab salam ni boleh lik ke laman web diatas atau

Boleh juga rujuk pada buku 30 LARANGN BAGI WANITA ..m/s(73)

Tuesday, April 13, 2010

Kerja...Kerja

Assalamualikum...agak lama juga tak update blog ni...hehe..akibat kekangan masa & kerja yg tak menentu..ni lah die kerja ku selama ini..CAD TECHNICIAN..at JURUKUR PERUNDING SERVICES SDN BHD....now we surpose to be branch office at Pulai Perdana, Skudai(Johor)...jast selalu update plan, proses plan with CDS...& wat editing ...alhamdulillah rezeki dari Allah...every day i was study & update my teknik drowing & editing plan...emm insyaallah dalam bekerja sempat jugak belajar..bukan senang ..pelukan kesabaran.. ..ana ne kadang2 jenis tak sabar..maklum lah darah muda katakan..hehehe....kena teliti ...tu yg penting...bila wat satu plan tu ..rasa cam menglabah la jugak..takut & sahut cabaran ni..ye la mane tak nye...kena teliti sikit sebab 1 plan tu kena complite ...tu plan jenis ape? Apa yg client mahu tunjuk dalam plan tu?tajuk ape? ..banyak benda yg menjadi persoalan dalam fikiran ana ..apabile nak siapkan sesuatu plan tu....cth plan :

1) Topographical and Strip Survey Plan
2) Demarcation Survey Plan
3) As-Built Survey Plan
4) Engineering Survey Plan
5) Land Acquisition Plan
6) Strata Plan

yg kat atas tu contoh plan projek yg sedang kami jalan kan ..kat nusajaya...thank u my kawan coz ..die la yg selalu membantu & mengajar ana cara2 pemprosesan plan..dari downlod data from surveyor-cek fill book/data-prosess data in CDS-editing wiith AutoCAD & plot plan....hehehe...
kerja yg tak menentu kadang2 di office pulai..kadang2 kena turun site office d nusajaya..emm cam tu la kerja ku stp hari...insyaallah 1 hari nanti ana ingin berjaya...moga allah mempermudahkan segala urusan seharian ..dimurahkan rezeki ..di kurniakan ingatan yg bagus..disehatkan tubuh badan..terhindar dari maksiat..diteguhkan iman..& menjadi insan yg berguna & berjaya..amin.....

Thursday, April 08, 2010

SUDUT HUKUM-HARAM MELIHAT GAMBAR PORNO..



Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAHSOALAN


Saya telah bekerja. Dengan kebebasan dimiliki, saya selalu pergi kafe siber untuk melayari Internet. Saya terdorong untuk melihat laman porno akibat selalu melihatnya. Apakah langkah terbaik untuk menghentikannya?


JAWAPAN
Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)


Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.


Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;


*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.


Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.


Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;lMerosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan?(ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).


*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.


*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.


Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya.


* So,ape pendapat korang pulak..?
-MUHASABAH DIRI -

KATA-KATA HIKMAH

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

-MUHASABAH SEORANG SAHABAT-

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails