Assalamualaikum..

Sunday, December 18, 2011

Nikmati PemberianNya _CEMPEDAK GORENG

Assalamualaikum... bekongsi rasa..bekongsi cerita..bekongsi ilmu..
pagi2 digerakan oleh ayah memasak goreng cempedak..
alhamdulillah buah yang ranum manis masak di pokok ..nikmat dari pemberianNya..
waduh setelah digoreng dengan tepong..rasanye sungguh manis subhanallah
pabila membelah buah ini..waduh warnanye kekuningan emas ..rasanye belum tentu masam / manis
ayah suruh makan sedikit..subhanallah terasa manis merdu hehehe..

setelah digoreng dengan tepung lagi lazat rasanye.. emm melihat familly makan terasa bahagia..itu lah nikmat pemberian & kasih sayang tuhan yang tidak kita dapat gambarkan..
buah ibarat penyebab..kemnisan buah itu ibarat penyeri kasih sayang..itu lah nikmat yang patot kita syukuri.. nampak benda ni kecil..tetapi besar pada pandangan allah..

gunakan apa nikmat yang Allah beri sebaik mungkin..syukurilah apa pemberianNye.. itu tanda orang yang selalu besyukur pada Nya.. kita mampu mengungkap dengan kata-kata..amalan nye ada kah kita dapat lakasanakan.. ..semanis hidup apabila kita hidup kerana Allah...wallahualam..

Monday, November 21, 2011

Doa EXAM




Assalamualaikum...

Exam fever acap kali melanda pelajar-pelajar di akhir semester tiap-tiap tahun. Baik itu SPM, STPM mahupun mahasiswa-mahasiswa universiti. Ada yang telah lama sedar akan kehadirannya, namun lagi ramai yang masih dibuai mimpi keseronokan dengan hal masing-masing. Siapa yang bersungguhnya pasti akan mendapatkan buah keberhasilan hasil dari usahanya sendiri. Bukan mengharapkan pohon-pohon kecemerlangan menjatuhkan buah-buah keberhasilan seandaiannya tiada tangan-tangan usaha megerakkan tubuhnya.
Di bawah ini penulis selitkan doa yang baik untuk kita baca ketika menghadapi ujian atau sedang menghadapi peperiksaan.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
Di bawah ini penulis suguhkan videoklip akan doa di atas. Mohon dapat dijadikan panduan dan memudahkan kita untuk menghafalnya.
video


Semoga doa ini bermanfaat buat kita. Dan jangan lupa juga amalkan doa-doa lain. Namun yang terpenting USAHA MAKSIMA dari diri sendiri berserta doa barulah bertawakkal padaNya….

Monday, June 27, 2011

DOA BUAT SAHABAT


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

amin ya rabb

YANG HARAM AKAN TETAP HARAM


>>muhasabah diri<<
yang haram akan tetap haram

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam..(^_^)

Sunday, June 26, 2011

BINGKISAN HATI NURANI

"..Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membriru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya allah sahaja tahu rahsia di dalamnya...begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi Allah yang tahu rahsia kehidupannya... Jika ku rasa kecewa, maka pandanglah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalangnya.. Jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..."
>>Bingkisan Nurani ku<<
.:ENJOI HARI MU DENGAN ISLAM:.

MUHASABAH HATI-C.I.N.T.A


Renungkanlah sedalam-dalamnya. ........

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. '

Seorang teman pernah berpesan..
'Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..' '

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

sama2 kita renungkan...

Saturday, June 25, 2011

Hukum qada’ solat


Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.

Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.

Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.

Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.

Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.

Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.

Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.

Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.

Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.

Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.

Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.

Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.

Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Walau apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam

Wednesday, May 25, 2011

ZINA HATI

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jika piala hati itu telah dikotori dengan lagak "zina hati" (terfikir akan teman lelaki/wanita) maka apakah kan terpandang hati itu oleh Allah lagi? sama-sama kita renungkan dan menyusun taubat. whlm.

p/s:"Jagalah hati, jangan kau kotori"


"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman.


Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

sumber: akhi dzulfiqar "http://cahaya-jingga.blogspot.com/"

Tuesday, May 24, 2011

AL KISAH MAT AMAT


 
Terlebih dahulu saya ingin mengulas sedikit sebanyak tentang cerita ini....cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup dan yang telah meniggal dunia

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat jumaat berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

SUDUT HUKUM:Hukum Wanita Yang Sedang Haid Berdiam Di Masjid


Soalan: Bolehkah wanita haid yang sudah memakai tuala wanita berdiam di dalam masjid? Kawasan apakah yang termasuk masjid? Adakah tingkat bawah masjid (basement) termasuk masjid?

Jawapan:
1. Hukum Wanita Haid Duduk di Masjid
Jumhur ulama, antaranya imam mazhab yang empat, sepakat bahawa wanita yang haid tidak boleh berdiam (al-lubts) di dalam masjid, kerana ada hadith Nabi Saw yang mengharamkannya. Meskipun Imam Dawud Azh-Zhahiri membolehkan wanita haid dan orang junub berdiam di masjid [1], namun pendapat yang kuat adalah pendapat jumhur yang mengharamkannya [2]. Dalilnya ialah sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” [HR. Abu Dawud] [3].

Yang dimaksudkan berdiam (Bahasa Arab: al-lubtsu, atau al-muktsu) ialah berdiam atau tinggal di masjid, misalnya duduk untuk mendengar pengajian, atau tidur di dalam masjid. Tidak ada bezanya sama ada dia duduk, berdiri, atau berjalan mundar-mandir (at-taraddud) di dalam masjid, semuanya tidak dibolehkan bagi wanita haid.

Akan tetapi jika seorang wanita haid sekadar melalui atau melintasi (al-murur) masjid kerana sesuatu keperluan, maka itu tidak mengapa. Dengan syarat wanita itu tidak berasa khuatir akan mengotorkan masjid [5]. Dalilnya, Nabi SAW pernah memerintahkan ‘A`isyah untuk mengangkat khumrah (seakan sejadah) yang berada di dalam masjid. Lalu ‘A`isyah memberitahu, “Sesungguhnya aku sedang haid.” Rasul bersabda, “Sesungguhnya haidmu itu bukan berada di tanganmu.” [HR. Muslim] [6]. Selain itu, ada riwayat lain bahawa Maimunah RA pernah berkata, “Salah seorang dari kami pernah membawa sejadah ke masjid lalu membentangkannya, padahal dia sedang haid.” [HR. An-Nasa`i]. [7].

Berdasarkan penjelasan di atas, sesungguhnya hukum syara’ dalam masalah ini telah jelas, iaitu wanita haid haram hukumnya berdiam di masjid. Adapun jika sekadar lalu atau melintas, hukumnya boleh dengan syarat tidak ada kekhuatiran akan mengotorkan masjid.

Sebahagian ulama memang ada yang membolehkan wanita haid berdiam di masjid asalkan ia berasa aman (tidak khuatir) akan mengotorkan masjid, misalnya dengan memakai tuala wanita.8*). Dalam Syarah Al-Bajuri Juz I hal. 115 dikatakan, bahawa kalau wanita haid tidak khuatir akan mengotorkan masjid, atau bahkan berasa aman, maka pada saat itu tidak diharamkan baginya masuk masjid, tetapi hanya makruh saja.*9)

Menurut pemahaman kami, pendapat itu tidak dapat diterima. Sebab pendapat tersebut tidak mempunyai landasan syar’i yang kuat. Pendapat tersebut menjadikan “kekhuatiran mengotorkan masjid”, sebagai illat (alasan penetapan hukum) bagi haramnya wanita berdiam di masjid. Jadi, jika kekhuatiran itu sudah lenyap (dengan memakai tuala wanita), maka hukumnya tidak haram lagi. Padahal, hadith yang ada tidak menunjukkan adanya illat bagi haramnya wanita haid untuk berdiam di masjid. Jadi tidak dapat dikatakan bahawa keharamannya disebabkan adanya kekhuatiran akan menajiskan masjid. Sehingga jika kekhuatiran itu lenyap (dengan memakai tuala wanita) maka hukumnya tidak haram. Tidak boleh dikatakan demikian, kerana nas yang ada tidak menunjukkan adanya illat itu. Nabi SAW hanya mengatakan, “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” Nas ini jelas tidak menunjukkan adanya illat apa pun, baik illat secara sarahah (jelas), dalalah (penunjukan), istinbat, atauqiyas.

Tambahan pula nas tersebut bersifat mutlak, bukan muqayyad. Jadi yang diharamkan berdiam di masjid adalah wanita haid, secara mutlak. Baik wanita haid itu akan mengotorkan masjid, atau tidak akan mengotorkan masjid. Memakai tuala wanita atau tidak memakai tuala wanita. Jadi, selama tidak ada dalil yang memberikan taqyid (batasan atau sifat tertentu) —misalnya yang diharamkan hanya wanita haid yang dapat mengotorkan masjid— maka dalil hadith tersebut tetap berlaku untuk setiap wanita haid secara mutlak. Hal ini sesuai dengan kaedah usul fiqh:
Al-muthlaqu yajriy ‘ala ithlaaqihi maa lam yarid daliil at-taqyiid
(Lafaz) mutlak tetap berlaku dalam kemutlakannya selama tidak ada dalil yang menunjukkan adanya taqyid (pemberian batasan/sifat tertentu).”*10)

2. Batasan Masjid
Setelah jelas wanita haid tidak boleh berdiam di masjid, maka pertanyaan berikutnya adalah, apakah batasan masjid itu? Masjid adalah tempat yang ditetapkan untuk mendirikan solat berjamaah bagi orang umum.*11). Yang dimaksudkan solat berjamaah ialah terutamanya solat berjamaah lima waktu dan solat Jumaat. Namun termasuk juga solat sunat berjamaah seperti solat Tarawih dan solat Aidil Fitri atau Aidil Adha.

Di Malaysia, jika hanya untuk berjamaah lima waktu tetapi tidak digunakan solat Jumaat, tempat itu biasanya tidak disebut masjid, tapi disebut surau. Manakala istilah masjid atau masjid jami`, biasanya digunakan untuk tempat yang digunakan untuk solat Jumaat.

Sebenarnya, semua itu termasuk kategori masjid, menurut definisi di atas. Kerana yang penting tempat itu digunakan solat berjamaah untuk orang umum. Maka, terhadap surau, berlaku juga hukum-hukum untuk masjid, misalnya wanita haid tidak boleh berdiam di dalamnya. Walaupun tidak dinamakan masjid.

Adapun jika sebuah tempat disiapkan untuk solat berjamaah, tapi hanya untuk orang tertentu (misal penghuni sesuatu rumah), maka tempat itu tidak dinamakan masjid, dan tidak diterapkan hukum-hukum masjid padanya. Demikian pula jika sebuah tempat hanya digunakan untuk solat secara sendiri, bukan untuk solat jamaah, maka itu juga bukan dinamakan masjid.

Definisi di atas adalah definisi umum, iaitu untuk membezakan masjid dengan bangunan yang bukan masjid. Ada definisi khusus, iaitu masjid dalam pengertian tempat-tempat yang digunakan untuk solat (mawadhi’ ash-salat), atau tempat-tempat yang digunakan untuk sujud (mawdhi’ as-sujud).*12).

Definisi khusus ini untuk membezakan berlakunya hukum masjid bagi sebuah kompleks bangunan masjid yang luas dan terdiri dari beberapa bangunan atau ruang untuk pelbagai keperluan. Sebab adakalanya sebuah kompleks masjid itu memiliki banyak ruang, atau mungkin mempunyai dua tingkat, mempunyai bilik khusus untuk penjaga masjid, mempunyai bilik seminar / mesyuarat, kedai,parking dan sebagainya. Bahkan ada masjid yang tingkat bawahnya kadang-kadang digunakan untuk acara kenduri pernikahan, pameran, dan sebagainya.

Apakah semua ruangan itu disebut masjid dan berlaku hukum-hukum masjid? Menurut pemahaman kami, jawapannya tidak. Dalam keadaan ini, berlakulah definisi khusus masjid, iaitu masjid sebagai mawadhi` ash-solat (tempat-tempat solat).*13)

Maka dengan itu, basement (ruang legar/lobi) masjid bukanlah masjid, jika ruang itu memang tidak digunakan untuk solat jamaah. Jika digunakan untuk solat berjamaah, maka termasuk masjid. Demikian pula bahagian masjid yang lain, misalnya bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik penjaga masjid, tempat parkir (tempat letak kereta) dan sebagainya. Semuanya bukan masjid jika tidak digunakan untuk solat berjamaah. Ringkasnya, semua tempat atau ruang yang tidak digunakan untuk solat berjamaah, tidak dinamakan masjid, meski pun merupakan sebahagian dari keseluruhan bangunan masjid.

Bagaimana andaikata sesuatu tempat di masjid (misalnya tingkat bawah) kadang-kadang digunakan untuk solat jamaah dan kadang-kadang tidak? Jawapannya adalah seperti berikut. Yang diperhatikan adakah sesuatu tempat itu lebih kerap digunakan untuk solat berjamaah, atau lebih kerap tidak digunakan untuk solat berjamaah. Jika lebih kerap digunakan untuk solat berjamaah, maka dihukumi masjid. Jika lebih kerap tidak, maka tidak dianggap masjid.

Yang demikian itu bertolak dari sesuatu prinsip bahawa hukum syara’ itu didasarkan pada dugaan kuat (ghalabatuzh zhann). Dan dugaan kuat itu dapat disimpulkan dari kenyataan yang lebih banyak/dominan (aghlabiyah). Ini sebagaimana metod para fuqaha ketika menetapkan pensyariatan Musaqah (akad menyiram pohon) —bukanMuzara’ah (akad bagi hasil pertanian)— di tanah Khaybar. Mengapa? Kerana tanah di Khaybar (sebelah utara Madinah) pada masa Nabi SAW sebahagian besarnya adalah tanah-tanah yang berpohon kurma. Sedang di sela-sela pohon kurma itu, yang luasnya kurang, ada tanah-tanah kosong yang boleh ditanami gandum. Hal ini dapat diketahui dari riwayat Ibn Umar, bahawa hasil pertanian Khaybar yang diberikan Nabi kepada para isteri beliau, jumlahnya 100 wasaq, iaitu 80 wasaq buah kurma dan 20 wasaq gandum. [HR. Bukhari].*14) Oleh sebab yang lebih banyak adalah hasil kurma, bukan gandum, maka akad yang ada di Khaybar adalah Musaqah, bukan Muzara`ah.

Penjelasan di atas menunjukkan contoh kes bahawa hukum syara’ itu dapat didasarkan pada kenyataan yang lebih banyak (aghlabiyah). Maka dari itu, ketika kita menghadapi fakta adanya ruang basement masjid yang kadang-kadang digunakan untuk solat dan kadang-kadang tidak digunakan untuk solat berjamaah, kita harus melihat dahulu, manakah yang aghlabiyah (yang lebih banyak/kerap). Jika lebih kerap digunakan untuk solat berjamaah, maka basement itu dihukumi masjid. Dan jika lebih kerap tidak digunakan untuk solat berjamaah, maka basement itu dianggap bukan masjid. Wallahu a’lam[. [Muhammad Shiddiq al-Jawi]
Catatan: 1 wasaq = 130,560 kg gandum.

Catatan Kaki:
1) Muhammad bin Abdurrahman, Rohmatul Ummah fi Ikhtilaf Al-A`immah, hal. 17.
2) Lihat Ash-Shan’ani, Subulus Salam, I/92.
3) Hadith ini sahih menurut Ibnu Khuzaimah. Lihat Subulus Salam, I/92. Menurut Ibn al-Qaththan, hadith ini hasan, Kifayatul Akhyar, I/80.
4) Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/80.
5) Lihat As-Suyuhti, “Al-Qaul fi Ahkam Al-Masajid”, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, hal. 241, dan “Bab Al-Haidh”, Al-Asybah wa An-Nazha`ir, hal. 247; As-Sayid A’lawi, Bughyatul Mustarsyidin, hal. 14.
6) Lihat Dr. Mustopha Diibul Bigha, Fiqih Syafi’i (At-Tahdzib), hal. 76; M. Shalih Al-Utsaimin, Al-Fatawa An-Nisa`iyah (Fatwa-Fatwa Tentang Wanita), hal. 44.
7) Lihat Dr. Mustopha Diibul Bigha, Fiqih Syafi’i (At-Tahdzib), hal. 77.
8) Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/78.
9) KH. Moch Anwar, 100 Masail Fiqhiyah : Mengupas Masalah Agama yang Pelik dan Aktual, hal. 51.
10) Lihat Wahbah Az-Zuhaili, Ushul Al-Fiqh Al-Islami, I/208; Imam Asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hal. 164.
11) Lihat Hasbi Ash-Shiddieqy, Pedoman Sholat, hal. 274-275; Koleksi Hadith-Hadith Hukum, III/368; Ibrahim Anis dkk, Al-Mu’jam Al-Wasith, hal. 416.
12) Lihat Ash-Shan’ani, Subulus Salam I/92 & 152.
13) Ibid.
14) Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimah Ad-Dustur, hal. 319.

Sunday, April 03, 2011

.:MAKAN MALAM PSSI PUO:.


Assalamualaikum...

syukur alhamdulillah pada pemberi rahmat...mendekatkan hati2 kami dalam ukhwah yang sama...

terima kasih tak terhingga juga kepada Penganjur =PSSI PUO, Ajk=AJK PSSI..PENSYARAH dan ahli pssi sendiri..kerna sudi menjayakan majlis makan malam ini...yang berlangsung pada 31/03/2011..bersamaan 24 rabiul awal 1432..h...

BARISAN PSSI MUSLIMIN
Dimualai dengan sesi pendaftaran, ta'aruf sesama ahli, solat maghrib bejemaah, pembukaan, ucapan dari pegerusi kelab, ucapan president pssi Akhi Hisam , ucapan pensyarah En Mizan, makan, tayangan slide oleh biro multimedia, penyampaian hadiah, solt tayangan untuk semester akhir , penutup & solat isyak bejemaah...

BARISAN PSSI MUSLIMAT
Melihat kesungguhan2 adik2 yang menjayakan program ini hati tersentuh..ini lah nikmat ukhwah berlandaskan islam...subhanallah syukur ku kepada allah..memberi rahmat sebegini..setiap yang datang itu akan pergi...& akan datang lagi pendatang bau..


Buat adik2 yang akan meninggalkan PSSI ni..syabas & tahniah kerana antum PSSI ada penerusnye...walaupun kita sedikit..ISLAM itu tetap bekembang...di PUO..moga allah membalas jasa2 dakwah mu terhadap warga poli dengan setimpalnye.."jika kita bantu agama Allah, allah akan bantu kita"..pegang lah kata2 ini pabila antum berada di kelompok masyarakat..kelak..apa yang antum dapat dari PSSI..sebar2 kan lah kepada masyarakat..moga jasa antum mendapat keberkatan..amin ya rabb..."berjalan lah kamu dengan Kasut ISLAM, Berpakaian lah kamu dengan Pakain ISLAM, Berakhlak la kamu dengan Akhlak islam"..pehalusi kata2 ini..moga menjadi panduan buat mu ...


Jaidkan lah PSSI wadah menimba ilmu..bukan saja ilmu agama, tetapi ilmu Organisai ISLAM cara rasululla...& berbagai2 lagi...


.:KAU & AKU SEIRING BERSAMA ISLAM:.

Saturday, February 19, 2011

PSSI PUO DI HATI



Assalamualaikum..begilu lama ana tak mengupdate blog ini..akibat kekakngan masa yang tidak mengizinkan..allahmdulillah allah beri kesempatan juga untuk ana menulis lagi...sekarang sudah masuk bulan dua..sedar tak sedar dah ana masuk poli pun da 3 bulan..ya Allah begitu cepat masa berlalu...

Keberadaan ana di poli 1 memori yang tak akan lupaan...berorganisasi, bersahabat, usrah, & beajar 1 impian ana...untuk mengikat ukwah bersama pelajar2 islam di puo...di atas ini adalah logo Pesatuan Siaswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar..Ia adalah salah satu kelab Pelajar Isalam Di Puo..yang telah ditubuhkan hampir melebihi 5 0r 6 tahun..alhamdulillah ianya mampu berdiri lagi...subhanallah..

Uhwah yang disalurkan pada kelab PSSI ni sampai sekarang masih / still lagi ada..ana teringat pesanan dari seorang sineor.."kalau kite bersahabat atas dasar islam ..insyaallah inaya akan kekal abadi"..

Persatuan ini banyak memberi ilmu kepada pelajar poli..& banyak program yang telah dilaksanakan oleh biro2 dibawahnya..antaranya Mt (majlis tetingi), Biro Tarbiah & Dakwah, Biro Sukan, Biro Ekonomi, Biro Akademik & Biro Multimedia. Biro2 ini saling bantu membantu untuk mengerakan pesatuan ini. Antara program yang sering dijalankan..iaitu Iftar Jamai'e(berbuka puasa), Kuliah Dasar, Usrah, Smart Ukhwah, Rehlah, edaran Risalah & berbagai2 lagi program yang menarik.

MANUSIA KAN BERJAYA SELAGIMANA DIA MELETAKAN DIRINYA DALAM AGAMANYA..YAKINI ISLAM

.:MUTARA AMAL BUAT KEKASIH ALLAH:.

DOA MENUNTUT ILMU



"Ya Allah


Buka kanlah pintu hati kami


sebagaimana orang-orang yang arif.


Kurniakanlah kami


kefahaman para Nabi,


hafalan para Rasul,


ilham para Malaikat


yang hampir dengan Mu,


dan juga kesihatan demgan rahmatMu


wahai Tuhan yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang"


amin ya rabb

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails