Assalamualaikum..

Tuesday, March 27, 2012

MENCURAH KASIH MEMBERI HARAPAN

Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus bekongsi cerita & info buat sahabat-sahabat. Pada 24 / 03 / 2012 pada hari sabtu grup Halaqah.net mengadakan Program MENCURAH KASIH MEMBERI HARAPAN SIRI II - HALAQAH.NET BERSAMA WARGA EMAS 
Pusat Jagaan Siti Noor Aini (Lelaki)
 Pertubuhan Kebajikan Rose (Perempuan)
Alhamdulillah pada 23 /4 /2012 Allah temukan halaqian semua di teratak Umi Aishah & Uncle Acit d Balakong.Time kasih kepada Umi kerna beri kami tinggal & menginap.. First time nak jumpa halaqian kawasan selangor ni gementar, takot & macam-macam rasa pun ada, maklum lah first time nak bertaut hati. Tepat jam 7 pm sampai juga di rumah Ummi Aishah bersama adik Rabitah dengan disambut penuh mesra oleh keluarga Ummi Aishah. Start melakukan gerak kerja seawal pukul 9 malam persiapan dimulakan ,yang muslimat bertungkus lumus memasak berbagai-bagai juadah untuk makanan dibawa seperti dalca, ayam masak merah, daging masak kicap, nasi minyak & yang teristimewa ada bubur jagung. Alhamdulillah tepat jam 10.30 adik Fiqa & sahabat halaqian lain juga datang membantu.
muslimat memotong sayuran untuk dibuat dalca

Sesi membungkus 
Muslimin pun tak kurang hebatnye sebelum membungkus mereka ada sesi selawat diketuai oleh Uncle Acit, Pak Rahman, Semuthitam, Alim Bajuri, Mohd Ayman, dan sahabat-sahabat lain. Beg-beg biru & pink tu la special dari halaqah :).. macam-macam ada dalam beg tu. walaupun tak seberapa tetapi ikhlas dari warga halaqah.net. Sesi gerak kerja dilakukan sampai lewat jam 2 pagi. begitu semangat halaqian-halaqian ni sampai ada yang balik lambat.
Jangan mkan lebih-lebih ye aiman.. nanti engak cukup ..hehehe
Seawal jam 5am  muslimat bertungkus lumus menyiapkan sarapan & sedikit juadah untuk di bawa besama. Semalaman suntuk muslimat tak tidur, pabila berjumpa macam-macam cerita dikongsi bersama, sesi bermotivasi, nasihat & bermacam-macam lagi celoteh sampai tak tido . Walaupun baru first time jumpe dah macam sembang dengan kawan lama itulah nikmatnye ukhwah jika dilandaskan kerna Allah. Pada pukul 8 lebih kedatangan kak Fasihah & kak Eya alhamdulillah sampai juga. Selepas bersarapan & menunggu sahabat lain datang kami begerak dari rumah Uncle acit dalam pukul 9 pagi. Perjalanan kami di dahului ke rumah kebajikan ros(wanita). Alhamdulillah tepat jam 10 lebih kami sampai dengan disambut mesra warga rumah kebajikan rose & mis Victoria (penjaga rumah rose).
Alhamdulillah Halaqian semua di sambut oleh Mis Victoria & sesi mengangkat barang oleh muslimat halaqah 
 Sesi beramah mesra bersama warga rumah seramai 7 wanita iaitu 5 warga tua & 2 remaja
Sesi mendengar taklimat dan cerita serba sedikit warga rumah amat menyentuh hati. Setiap penghuni ada cerita yang tesendiri. Teringat ana akan sepotong ayat dari emak " anak boleh jaga bepuluh2 anak tetapi mampukah kita jaga ibu seorang??" kata2 emak menusup kalbu..
berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul, tiada yang dapat kita sangka mereka di letakan di tempat ini tanpa belas kasihan, secubit kasih kami salurkan buat warga rumah & dengan iringan doa moga mereka sentiasa di lindungi allah..amin ya rabb. Setelah hampir pukul 12 kami mohon diri untuk bertolak ke rumah seterusnye.

 Kami singgah dulu di masjid yang terdekat untuk menunaikan ibadah, makan & rehat sebentar megumpulkan tenaga yang ada.


Kasih ibu membawa kesyurga , kasih ayah sepanjang masa, Tepat Jam 3 lebih grup halaqah ini sampai di Rumah Kebajikan Siti Noraini. kami sampai agak lewat sedikit kerna mencari barang sedikit & mengambil dua orang lagi halaqian iaitu Hj Naim & hairul. Allahmdulillah kami disambut mesra oleh warga rumah ini dengan senyuman manis oleh En Abdullah adik kepada Mis Vicrtoria. Warga di Rumah Siri Norani ini adalah seramai 30 lelaki yang berbagai-bagai cerita . En Abdulah memulakan dengan sesi pekenalan setiap orang warga tu ada sedikit lagi diletakan berhadapan dengan rumah tesebuat kerna mereka boleh mengurus diri sendiri. Pabila melihat mereka terigat daku akan ibu ayah & opah di rumah.. yaallah..
Halaqian selamat sampai di rumah kebajikan siti Noraini & sesi taklimat oleh En Abdullah
 Antara warga-warga emas yang ada & En Abdulah menerangkan serba sedikit tentang dirinya sebelum tebuka hati untuk menganut agama Islam & membuka rumah kebajikan ini
 En Abdulah melayani telatah tuk wan yang la ni tengah buta & seorang pesakit kencing manis yang teruk baru saja dimasukan ke rumah ini.
Sesi temubual penerangan grup halaqah.net & penerangan penubuhan rumah kebajikan warga emas siti noraini oleh pengasas En Abdullah


sebahagian warga emas yang terdiri melayu, cina & india yang telah menjadi satu familly, dari pemandu teksi inilah En Abdullah menubuhkan rumah warga emas ini yang sekarang ini menjadi pengangkutan utama pusat ini.
warga halaqian mengambil barang sumbangan
Antara foto kenangan yang telah menempatkan lebih 100 orang warga emas d sini & sedikit sumbangan beras buat mereka..
tetiba hati tesentuh pabila saat cendera hati ini diberi kepada mereka.. teringat ana pada seorang pak cik ni " bila ustazah nak mai sini lagi".. T___T (hati tesentuh)

setelah selesai selawat oleh muslimin..tepat jam 5 petang kami beransur pulang dengan membawa seribu kenangan & secebis kasih dari rumah-rumah warga emas ini, moga ianye menjadi iktibar buat diri kami, grup halaqah.net & juga pembaca yang sudi meluangkan masa melihat blog ini. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata Allah lebih mengetahui. Dengan iringan doa buat mereka agar Allah sentiasa menjaga mereka.. amin ya rabb... samapi rumah Ummi Aishah dalam pukul 6.30 .. ini lah yang dikatakan lumrah alam "bertemu & berpisah kami kerna Allah" insyaallah ... ziarah ini memberi penuh pengertian kepada diri ini yang selalu alpha pada dunia. 

Pesanan buat diri ku & juga buat sahabat2 yang sudi membaca " buat amallah sebanyak mungkin kerna disini akan mengajar kita erti kesusahan, hormatilah mereka yang masih ada, kerna di satu masa nanti kita juga akan menjadi seperti mereka, jangan sia2 kan orang tua kita kerna , di satu masa nanti kitalah yang akan menjadi tua ..."
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).
Sahabat yang dimuliakan, Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, tidak menjadi sia-sia kerana jaminan daripada Allah S.W.T bahawa Dia akan membalas dengan balasan yang lebih baik samaada di dunia atau pun di hari akhirat.

 Bantuan berbentuk sedekah .
 Memberi bantuan kewangan berbentuk sedekah kepada fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya, bantuan perubatan, bantuan pelajaran kepada pelajar miskin dan bantuan kepada musafir yang keputusan belanja.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Andai seorang mualaf dapat menjaga dan mengurus rumah kebajikan Islam ini . Kita Bagaimana?? tepuk dada tanya diri kita?? mampukah kita?? apa sumbangan kita ??mari kita sama-sama hulurkan sekikhlas yang mampu . Untuk mengetahui lebih lanjut boleh terus ke website ini 
http://www.sitinoraininursinghome.com/Welcome.html (Rumah Jagaan Siti Noraini) &
http://pertubuhanrose.com/Donation.html (Rumah Jagaan Rose) / Derma Ikhlas boleh disumbangkan Kepada Pusat Jagaan Rose  di 
CIMB BANK - NO ACCOUNT : 1267-0000570108
" sesungguhnya allah sedang mengingatkan diri ku atas kewajipan ku terhadap  ibu bapa.. buat mak & ayah maafkan diri ini ..banyak benar silap ini pada diri mu.. T__T ..doa yang tidak putus2 ku buat ayah ibu ku.. moga memerikan kesihatan, kebaiakan, dapat jumpa d taman firdausi & dirahmati allah amin ya rabb"


TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails