Assalamualaikum..

Tuesday, July 31, 2012

Betaut Hati Cucu Opah

Tanggal 1 /5/2012 dikala orang lain menikmati cuti bekerja & bersama keluarga , rakan-rakan, game atau tidur , kami mencurahkan secebis hati buat insan-insan yang sangat istimewa oleh Allah.
Sahabat halaqah & cucu opah

Assalamualaikum .. terbang-terbang si burung terbang, terbang kami menyemai kasih di Rumah Anak-Anak  Yatim Opah Hasanah Shah Alam areal ke Klang. Tepat jam 10 pagi kami semua bekumpul di RFC Shah Alam Seksyen 7. Kami sampai di rumah Opah kira-kira dalam pukul 12 tengah hari . Masuk lorong rumah opah tekedu kami  apabila opah sedang menanti di depan rumah sambil duduk di atas kerusi bersama cucu-cucunye. Allahuakbar tekedu rasanye, sepatotnye kami datang awal disebab kan ada beberapa pekara yang perlu diselesaikan , kami terlewat sejam. Syukur alhamdulillah sahabat halaqah yang dapat dikumpulkan seramai 11 orang Uncle acit, Umi Aishah, Akhi Halim, Ayman, Kak Fauziah, Syafika, Kak Z, Norhafizah  & Kakak angkat kak fauziah( lupa pula).

Setelah sampai terus Opah salam & memelok kami, Opah panggil kesemua cucu-cucu untuk salam bersalaman. Ana ingatkan hanya 2 / 3 orang rupe-rupenye penghuni di siti hampir 20 orang , berlatar belakangkan yang berbeza & umur yang berbeza. Dari umur seawal 1 thn hingga 15 tahun.

Program ini dimualai dengan membuat persediaan untuk makan tengah hari sebelum melakukan solat zohor. Setelah usai solat zohor berjemaah apa lagi time makan la.. semua anak-anak opah duduk di meja . Maklum lah anak-anak  seawal umur begini berbagai ragam & karenah, agak seronok juga dapat sama-sama menikmati makanan . Ada juga antara ahlinya tak mahu makan , puas ana pujuk die tetap tak mahu makan. Rupa-rupanye ada cerita disebalik . Lama kelamaan die akur untuk join bersama.

ni la time waktu makan berbagai ragam & karenah adik2 ni seronok pula.. ada yang nak tambah lagi seketol ayam. Kami difahamkan dua hari lepas hari-hari mereka dapat makan nasi ayam . Opah cakap ada dermawan yang sangat baik sedekahkan kepada mereka. Emm patot la tengok ayam kami mereka dah tak heran.. rupe-rupe nye hari-hari mereka makan ayam. Alahmdulillah rezeki anak-anak yatim & opah. 

Setelah usai makan ni dia solt pertama kami untuk cucu-cucu opah menonton cerita kartoon , tapi bukan cerita kartoon biasa ni kisah tentang riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. Dengan berbekalkan 1 laptop & 1 spiker boleh la tengok ramai-ramai, berhimpit antara satu sama lain , sambil dihidangkan dengan makan tadi yang berbaki. Bile anda menonton movie kesukaan anda mesti excited kan. Begitulah ragam adik-adik ni semua nak tengok kat depan-depan laptop. Sambil menonton kami selingkan dengan slot soal jawab kisah rasulullah. Siapa yang jawab betol kami beri hadiah. Time ni la mereka semua excited giler semua nak menjawab. Berbagai soalan 
time rebut hadiah from ummi Aishah

dapatkan duit raya from uncle acit..nak 1 buleh

Solt terakhir from seri iaitu mensyukuri nikmat.. semua peserta dikehendaki mengikat tangan di belakang, pen & kertas telah disediakan, mereka dikehendaki menulis nama mereka d atas kertas tesebut tanpa menggunakan tangan. Anda rasa mereka berjaya?? Alhamdulillah ternyata mereka mampu juga seperti kita. Ada yang menulis menggunakan kaki, mulut & ada juga menggunakan angota lain. Seronok tak tekira mereka ni first time main permainan baru . Moral of the story apa juga nikmat kurniaan allah yang diberi gunakan sebaik mungkin. Walau kita tidak mempunyai ayah / ibu kita mampu bedikari kerna semua yang Allah kurniakan itu ada hikmah.

Lambaian akhir buat warga rumah opah hasanah
teratak opah & anak-anaknya
Kenangan ini tak kan terhent disini moga di satu masa nanti kasih kita kan tecurah kembali. Jika ada salah & silap dari ana maafkan kesalahan ana. Allahuakbar moga Allah sentiasa ada besama dengan kita..amin ya rabb






TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails