Assalamualaikum..

Sunday, October 21, 2012

Selamat Tinggal Tanah Airku


Assalamualaikum.. moga anda semua dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi Allah.. amin ya rabb.. tiada dapat kuduga.. takdir menetapkan daku untuk meniggalkan tanah airku, meninggalkan  keluarga tecinta, meningalkan sahabat & segala keseronkan di sana. Bukan daku memilih jalan ini.. tepai tak ku duga takdir Allah itu. Befikir positif  ku " mungkin ini takdir Allah untuk daku berhijrah memulakan kehidupan yang baru, & mencari hidayah buat bekalan daku ke akhirat sana. "gembirakah daku "..sewaktu d air port LCCT kakak2, ayah , mak  cakap "mesti seronok nak duduk sana". Hanya senyuman dapat menghantarnya.. dalam hati hanya Allah yang tahu.. bukan daku memilih untuk meninggalkan mereka tetapi aku akur dengan kehendak takdir. 

Sampai saja di terminal brunei (Bandar sri begawan) daku mengucap syukur.. hati yang tadi merintih keseorangan telah betukar menjadi semakin resah..kerna dapatkan daku meneruskan langkah ku keseorangan tanpa teman di sisi, tanpa kawan , tanpa insan yang daku Cintai(keluarga) .. meski jauh dari mereka.. teringat pesanan Ayah " baik2 di negara orang, jaga nama baik mak ayah na"..pesanan mak "ema jaga diri elok2 kami tak de di sana..insyaallah nanti kami datang melihat kamu".. Allahuakbar bile teringatkan kata2 dari Cinta Hati ..hati merintih lagi.. Dengan kepayahan daku melagkah ke tempat gate menunggu.. Alhamdulillah kak suria, wiliam & sorang pekerjanya menyambutku.. rasa takot tadi berubah kepada lega.. 

Teringat pesanan kak Suraya ( orang sebelahku semasa duduk di dalam pesawat).. selamat datag ke brunei.. insyaallah adik akan selamat.. semoga kita betemu kembali dengan izin Allah...

Dalam langkah & zikir ku yang tidak putus-putus.. rasa takot, sedih itu telah ditukarkan oleh allah dengan kemesraan yang ditunjukan oleh warga brunei.. "yakinlah kamu dengan Allah ..ujian itu tanda Allah sayang pada kita..." rupa-rupanye hanya sekecil ujian Allah beri nikmatnye hanya ana yang dapat merasai .. itulah secebis nikmat tenang apabila kita belandaskan semuanya kerana Allah... Allahuakbar..

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails