Assalamualaikum..

Thursday, April 04, 2013

First Momet at Jerudong Beach

View of pantai.. tempat belaboh bot

memandang ke arah laut subhanallah terasa lapang & tenang hati

kereta tak tarik brek cam ni la.. hehehe

memandang ke atas subhanallah.. Allahuakbar.. hanya hati dapat bebicara


Assalamualaikum.. nampak kan view pantai-pantai tesebut.. mesti nak tahu kan pantai ni ada di mana. Pantai Jerudong ni teletak di Brunei Darussalam la..nak menuju ke pantai Jerudong ni kena lalu dulu lebuh raya Jerudong -Tutong... siring( tepi 2) jalan raya ni akan ada signboard yang akan membawa kita ke Jeruduong. Ia berdekatan dengan  Jerudong Park (taman teman), The Empire Jerudong(hotel), Pantai Tengku , Taman Rekreasi Hutan & bermacam-macam lagi tempat persinggahan sebelum tiba ke pantai Jerudong ni. 
First datang sini agak lain hati ini. Paila tepandangkan laut Allahuakbar terasa rohani ana terusik dek kecantikan nya. Jika yang mahu berbelanja di tepi pantai ini banyak juga dibuka gerai-gerai makanan, julan keropok, buah-buahan, syur-syuran dan ada juga orang jual haiwan. Orang yang menjual binatang ni ana tak suka, sebab kesian ia duduk di dalam sangkar seperti haiwan yang ketakautan. Jangan anda berbuat sebegitu mencari keuntungan dengan menyiksa binatang, kelak akan ditanya doleh Allah.  sedangkan rasulullah pun sayang binatang, lagi-lagi kucing, burung & lain-lain lagi.
Jalan punya jalan rupa-rupanya di belakang pantai ni terdapatnya istana . Alamak ana masuk kawasan larangan la pulak. Patot la masa masuk ke situ penuh CCTV. Mula-mula agak gerun tetapi memang cantik view belakang istana tu siap ana buat round kat atas hellypad sultan brunei. Ternampak juga beberapa keluarga sedang mencari lokan & memancing kot. Ingin dihati nak keluar disebabkan da masuk kawasan larangan, cepat- cepat ana undurkan diri. Hanya sempat parkig kat tepi pantai sambil menikmati keindahan & kenikmatan bayu pantai . " Jika kita memandang sesuatu yang cantik ucaplah" subhanallah", "Alhamdulillah" & "Allahuakbar" tanda rasa kecintaan kita menikmati keindahan kenikmatan yang tuhan ciptakan untuk manusia. Alhamdulillah akhirnya dapat kekuatan dari sedikit kenikmatan yang dipinjamkan Allah..

Terbang-terbang si burung terbang seri terbang ke pantai Jerudong .."^__^"

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails