Assalamualaikum..

Saturday, November 02, 2013

Indahnya Ukhwah (HHH6)

Gathering HHH ke 6 Tahun 2013

Lokasi : Pulau Cekas di Lata Jarum Uludong , Raub Pahang
Tarikh : 14 dan 15 -09-2013
Hari Sabtu & Ahad
 persiapan untuk makan
 Sijil serta Cenderahati dari Halaqah
 Alahmdulillah semua selamat sampai di tempat penginapan
 Makan berjemaah
 Antara Halaqian yang hadir
 Persiapan makanan & barang masakan
 Bilik
 Makanan dari Pahang 
 teknik tebaru bakar kayu atas dapur untuk buat bara api 

 aktiviti muslimat melawat sekitar kawasan
Jungle Tracking 
Kipas bara api
Muslimat menyediakan ayam bako
Teknik mengipas
 membuat kajian ka ???
Bekelah selpas keluar hutan
Objektif HHH kali ke 6 

Himpunan Halaqian Halaqah adalah acara tahunan Halaqah yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah Halaqian yang terjalin di alam maya kepada alam realiti bagi yang pernah atau belum pernah bersua muka sebelum ini. Di samping itu kami ingin meraikan kehadiran dan penyertaan Halaqian baru.
Selain mengeratkan ukhwah, himpunan turut menerapkan pengisian dan strategi dakwah di era moden bagi memperkasakan gerak kerja dan semangat halaqian memandangkan pertubuhan Halaqah.net sendiri adalah bermotifkan dakwah.
Penyusunan himpunan kali ini diharap dapat menjalin kemesraan, membina semangat kerjasama dan muafakat di antara Halaqian sekaligus masing-masing akan berganding bahu dalam menganjurkan aktiviti amal yang direncana dalam aktiviti tahunan Halaqah.Net.
Memandangkan tempat himpunan adalah di kawasan rimba, maka halaqian yang hadir dapat menimba ilmu daripada persekitaran serta mencungkil rahsia alam hijau ini. Bak kata pepatah Melayu
 “ Jauh perjalanan luas pemandangan’’.
Dengan objektif ini mudah-mudahan Halaqah.Net mendapat berkah dan rahmat dari Illahi serta terus menjadi laman rujukan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Semoga setiap yang hadir dapat meningkatkan jati diri di samping bersantai bersama keluarga besar Halaqah.Net


by Halaqah.net
Related Posts with Thumbnails

No comments:

Post a Comment

Selamat membaca.. sebarang cadangan / penambah baikan serta comment anda sila sertakan dibawah dengan hati yang ikhlas na.. tq

TAUTAN HATI

Related Posts with Thumbnails